Thursday, October 14, 2010

moga-moga 'anda' faham ye.


salam anda,

entry ni dibuat khas untuk anda. ye. anda. macam mana nak cakap eh? hurm... dipendekkan cerita beginilah. anda ade masalah dengan saya ke? time kasihlah komen presentation tu. tp maaf, sy terpaksa jujur.

kadangkala, anda menggangu emosi saya. sikap anda yang terlalu baik tu membuatkan saya stress. contohnya haritu. anda beria-ia sangat nk jumpe Prof O sebab nak hantar jurnal tu. kalau kamu nak hantar, hantar lah sorang-sorang. jangan menyusahkan orang lain yang kene carik jurnal lain, baca sampai khatam. dah la jurnal tu minimum 10 helai. janganlah kerana anda, kami semua rasa nak marah sebab semua orang dapat kerja tambahan. anda rajin. itu saya faham. tp saya malas sikit. itu yang anda tak faham.

macam kes haritu. kenapa anda pergi panggil kembali Dr A tu. kan rakan-rakan kita ada yang sudah pulang. tak pasal-pasal kami yang berkobar-kobar mahu pulang terpaksa stay back balik lambat petang tu. anda tahu tak Prof terasa hati pabila anda kata beliau tidak mengajar teknik poster tu? anda tahu tak semua orang marah anda? jangan jadi nila di dalam susu dalam belanga.

oh anda. lupa nak bagitahu. tak perlu la nak kasi email kat saya dan CC kan kepada rakan-rakan saya yang lain. motifnya apa? ye. terima kasih puji saya tinggi melangit. tapi, tak perlu kot. lagi satu. anda tahu tak email anda yang anda fowardkan kat semua rakan-rakan kos kita mendapat kritikan hebat? kami semua malas nak komen aja sebab kami hormati anda adalah yang paling senior antara kami. diam kami bukan bermakna kami setuju pendapat anda.

dan lagi satu. mungkin agak jelas cara anda untuk tackle saya. tapi maaf. saya tak berminat. saya kira saya sudah tunjuk dengan jelas. tolong faham boleh? untuk pengetahuan anda juga, saya dah buang puisi-puisi, kad-kad yang anda kasi kat saya tu. bazir duit anda sahaja. tak perlu la usaha lagi. tolong?

saya kurang pasti samada anda baca atau tidak entry ini. jika anda terasa hati dengan kata-kata saya, saya mohon maaf. saya dah tunjuk dengan cara baik. anda tak faham. saya tunjuk cara sedikit kasar. anda masih tak faham. mungkin sedikit kezaliman membuatkan anda faham.

tolong. saya tak nak mengutuk anda lagi. dah banyak dosa dah ni. tolong jangan menghantui hidup saya lagi. plis.

ikhlas dr,
saya.

No comments:

Post a Comment