Saturday, October 2, 2010

rambut rosak? oh tidak!


salam to all,

lately banyak pulak rambut gugur. hurm..sensitif kat air paip kolej la rasenye. sebelum ni tak macam tu. tapi makin lama makin teruk pula. ish. tiba-tiba teringat semua article dengan link yang musuh ketat sy aka bangla jual karpet kasi beberapa bulan lepas. betulla. syampu rambut bayi jenama J&J punya tu tak elok. ade SULPHATE. sebenarnya, kebanyakan syampu mengandungi Sodium Lauryl Sulphate (SLS). ini sangat berbahaya untuk jangka masa panjang ye adik-adik. sila jauhkan diri.

maka, hipotesis sy adalah rambut gugur bukan sebab air paip kot, tapi sebab syampu tu. oh tidak! cepat tuka syampu! jadi, operasi mencari syampu organik dilakukan.

*tips: untuk membaiki rambut yg tidak sihat, sila bertukar kepada syampu organik. kajian mendapati 85% berjaya*
** bergantung kepada jenis rambut ye

misi mencari syampu organik telah berubah menjadi syampu yang diperbuat dari bahan asli secara tiba-tiba.. dan sy telah membeli ini.

Rainforest Shine Shampoo dari Body Shop. oh! siyes sangat best! kalau sesiapa ada masalah rambut, cubalah yang ini. wangi, dan boleh dapatkannya semurah RM 15.90 ( botol kecik). tak payah susah-susah nak carik syampu organik yg import dari Australia.


adik beradik dia yang lain. nak tahu keberkesanannya? cubalah sendiri. :)

1 comment: