Thursday, December 23, 2010

1 malaysia punya debat; part 2


" ini adalah event paling best pernah aku join! "

yup. tu lah ayat pertama yang saya cakap dalam hati semasa Pertandingan Debat 1 Msia haritu. tapi, masa tu, tak berani cakap lagi, sebab masih terlalu awal. takut nanti kalau dah cakap, tak jadi, segan la nak jilat ludah sendiri kan?

perkampungan bermula 3-8 disember. sepanjang tu, asik lepak bilik UPU. tu je budak-budak debat ni nak lepak pun. memang agak kelam kabut sedikit sebab last minute baru rancang. last minute baru tahu kene jadi tuan rumah. last minute baru nak carik urusetia. tapi satu saya memang kagum dengan budak-budak UPU, mereka TAK PERNAH EMO. siyes.

dari kecik, saya memang aktif join aktiviti berpersatuan ni. ape je yg saya tak join? sume saye bedal. even dekat PLKN pun saya mencapub jugak. haha..tapi..

memang saya tak pernah lihat orang-orang yang boleh bergelak ketawa di saat ada masalah.
tak pernah saya lihat post mortem yang asik tersenyum dari mula sampai habis.
tak pernah saya lihat orang yang sangat sporting buat kerja, even tengah pertandingan debat pun boleh menyakat satu sama lain.
tak pernah saya buat kerja dan mendapat penghargaan sebegini rupa.
tak pernah orang atasan, yang atas dan yang paling atas pun boleh hafal nama dan muka saya.
*jadi jaksa pun tak macam ni*


jadi, entry ini khas buat mereka-mereka, terutama budak-budak UPU..terima kasih banyak. terima kasih kerana memberi kerjasama sesama kita dengan baik. terima kasih kerana tak pernah ada seorang pun yang merungut dengan tugasan. terima kasih kerana saling membantu. terima kasih kerana menyedarkan saya bahawa masih ramai lagi orang di bumi UKM ini yang berjiwa murni. terima kasih kerana memberikan saya ikatan persahabatan. dan yang paling penting,

terima kasih kerana MENGAJAR SAYA ERTI KESABARAN.


harap persahabatan yang dibina tak berhenti di sini dan berterusan sampai bila-bila. seperti kata pepatah , friendship will never ends :)


time pendaftaran. penat tau tunggu universiti2 ni nak mendaftar. haih~
sampai malam wooo jage kaunter..
*ema muke dah ting tong kan time ni~ * hahaha

kami sangat terharu bila siva sanggup datang dan join kami di Pusat Pengajian Siswazah..sobss
*beberapa saat sebelum shah tolak siva kat besi tu..haha*

siyes sangat sangat sangat penat masa ni, tapi chill lah! smile peeps! :)

buat budak-budak UPU, terima kasih banyak sangat.
-zura, husna, haida, faten, sonia, lorreta, abg asri, abg fendi, abg nash, abg khalis, mira, daniel, dayah, abg black, mimi, yusry,maz, faizal-

mereka sangat besh!
-abg nuar, aril, bert, kak yana, kak putri, reza, ipin, shahir, tey, azhar, azrin, debot, dewi, murni, mastura, katy, rau, fat, alia, zaty, ira, ain, anis, ema, hani, eja dan semua lah..penat pulak nk taip semua..hehe-

khasnye kak ika + dayah (nyibuk je dayah ni..hehe)

dan terutama dan paling utama, en zameri! ;)
u won't find friends like them every 100 years.
and specially for u ana, thanx for teaching me about the REAL LIFE :)



maka, sehingga saat ini, saya yakin bahawa..
ini adalah event paling best pernah aku join!

No comments:

Post a Comment