Sunday, December 26, 2010

hati-hati, bila beli, Secret Recipe!



alkisah, nak dijadikan cerita semalam pergi carik kedai Secret Recipe sebab nak beli kek sempena beday bapak, danial, yaya, kakni dan kekna. hamek ha. combine je la semua. hehe..jadi, kami pergi la ke Jusco Wangsa Maju.

kisah bermula apabila tengah pilih-pilih kek yang display bawah lampu tu, tetibe saya nmpak ada bende hitam gerak-gerak. tilik punya tilik punya tilik. ohmaigod! LIPAS!


oh. mahap ye. tangkap gambar guna talipon murah je. kualiti lemah. tak sempat nak amek camera.

ingat nak buat drama sambil jerit " lipassssssssss...oh nooo..lipassssssssss" ye la. bak kate kakak saya, kot-kot nanti diorang nak cover malu, diorang kasi kami one whole kek new york cheese ke kan? mane lah tahu..tapi niat dibatalkan sebab takut esok tajuk utama kat paper..

"dilaporkan hampir kesemua pengunjung yang makan di kedai Resepi Rahsia muntah secara tiba-tiba selepas mendengar jeritan 'lipas' oleh seorang budak perempuan belasan tahun.."

ceh. belasan tahun. perasan. apepun, nasihat saya, kalau nak beli kek kat mana-mana cawangan SR tu, cek dulu ye. TERUTAMA bagi mereka yang nak makan kek SLICE.


No comments:

Post a Comment