Monday, January 24, 2011

ceritera si bodoh sombong


*mood mengarut dah tiba. mungkin mengandungi bahasa yang tidak sesuai untuk 13 tahun ke bawah. perlu jagaan orang tua.sape tanak baca, jangan baca*










hari ni topik kita ialah bodoh sombong.
bodoh sombong? apa tu?
oh. kalau orang tu tak reti, tapi bila kita ajar pun tak nak dengar.
lebih kurang macam tu la.

jap. kenapa saya tulis semua kat kiri aje ni?
tatau la. blogspot tengah benggong. cet.

berbalik kepada topik.
entry ini sebenarnya nak ditujukan kepada mereka-mereka yang kurang menghormati kami yang sudah tua lagi berumur.
kami?
siapa kami? cari sendiri.
tapi tak mampu nak bagitahu depan-depan.
sebab rasa luka di hati masih terasa.
ouch.

to whom it may concern,
sila duduk dan berfikir sejenak.
adakah segala yang berlaku pada malam sabtu itu kebetulan?
adakah segala komen itu sudah dirancang?
tidakkah tertusuk hatimu mendengar komen-komen itu?
tidakkah kamu kasihan melihat anak buahmu sebegitu?
kasihan mereka.
turun setiap malam.
berlatih, membuang masa.
pelajaran entah ke mana, assignment entah di mana.
dilakukan sedemikian rupa.
tidakkah kamu terfikir perasaan ayahnda?
tidakkah kamu terfikir akan buruk baik nama kediaman anda?
tidakkah kamu terfikir risiko tindakan anda?
sudah tentu tidak.
kerna semua itu telah pun berlaku.

to whom it may concern,
kata maaf itu mungkin amat sukar bagimu.
kerna ego meracuni hatimu.
menggelapkan akal fikiranmu.
menguasai segala tindakanmu.
yang akhirnya membawa penyesalan.
terduduk kamu di dataran itu.
mendengar kritikan bertalu-talu.
tapi sikit pun anda tak mampu.
untuk mengubah masa lalu.

ini bukan sajak, mahupun puisi.
ini cuma luahan hati.

maka, moral dari kisah ini ialah.
jangan lah bodoh sombong ye.
terutama adik-adik.
mungkin kami tak setanding kamu.
tak sehebat kamu.
tapi kami makan garam dulu.
kami tahu apa yang akan berlaku,
kami tahu apa yang perlu,
kami tahu.
kalau kami boleh hormat kamu,
kenapa kamu tidak boleh berbuat begitu?
sayang seribu kali sayang.

No comments:

Post a Comment