Wednesday, January 5, 2011

kenapa dulu pandai, sekarang macam tak berape je?


you know, kadang-kadang, bila saya duduk diam-diam, saya terfikir perkara yang kawan-kawan saya sering perkatakan. saya pun sama lah. semua suka cakap..
" kenapa dulu aku pandai ar? asal sekarang aku macam lembab semacammmmm aje? "

hmm..lepas tu saya tengok diri saya. yup. saya pun tergolong dalam kategori tu. haih~ apetal ar? apetal? apeeeeeeeetaaaaaaaaaal? well, saya rasa saya tahu sebab apa. mungkin bukan 100% punca dia, tapi....ni mungkin salah satu faktor die. hm. so, meh kite tengok.

1) dulu, masa sekolah rendah, pagi pegi sekolah kebangsaan. petang pergi sekolah agama. asal ujung minggu je, kene pergi tuisyen Emkay dekat Melawati. ya ampun. booooooosan gila! dah la semua budak-budak kat situ suka makan chewing gum. kelas tu dah macam kedai candy dah bau. heh. malam pulak, pergi tuisyen utk PSRA pulak. time tu tade facebook, tade henpon. jadi saya menjadi sangatlah nerd. hahaha. otak suci je. :) ilmu senang masuk.

sekarang: tiap-tiap hari facebook. lepas tu stalk album orang kan? pastu mulalah nak gosip "hey tipah! ko tau, si milah dah beli kete baru tau! die tu bukan ada duit. mesti die guna duit bla..bla..bla.." hmm. gelap dah sikit hati.

2) masuk sekolah menengah, setiap khamis baca yassin sama-sama. solat zohor dengan asar mesti berjemaah. tak pernah la sorang-sorang. bila nak dekat PMR tu, setiap hari akan baca Yassin. hari jumaat akan ada tazkirah untuk perempuan. kadang-kadang ada tadarus :)

pas baca Yasin, ni je la keje korang kan? ;)

sekarang: kat sini, tade sapa nak solat jemaah sama-sama :( lepas tu zohor dengan asar mesti time kelas. kadang tu terpaksa solat sorang-sorang sebab semua orang pun nak cepat. nak makan, nak habiskan kerja lab, nak jumpa lecturer semua. :( Yasin pun seminggu sekali aje.

3) masuk tingkatan 4, duduk SAMURA. petang-petang akan baca al-ma'thurat. boleh kata subuh, zohor, asar, maghrib, isyak semua jemaah :) malam-malam sebelum tidur, akan baca Al- Mulk pulak. setiap isnin, akan dengar tazkirah..eh..ape ye nama dia? entah. lupa. ohhhh! usrah! ada tadarus sekali. khamis pun sama. hari jumaat akan kumpul ramai-ramai kat surau baca al-ma'thurat lagi. :) hati rasa macam bersih aje.

sekarang: asal pagi kelas lambat, maka bangun pun lambat. kalau malam stay up, pagi tu confirm qada' tido sampai matahari atas kepala. petang-petang jangankan nak baca al-ma'thurat, nak jogging pun belum tentu. sebab dah jogging atas katil. kelas selalu habis pukul 7 malam. hari jumaat pulak, memang waktu paling best untuk SHOPPING! haih (-_-)'


fuhyooo. banyaknye buku. hahaha ;D
4) bila masuk tingkatan 5 pula, bila dah nak dekat SPM, tiap-tiap kali lepas mgrib, kami semua kumpul ramai-ramai, baca surah:
al-imran, ayat 1-5
al-baqarah, ayat 1-5
al-waqi'ah, ayat 1-habis

tiap-tiap hari baca sampai pejam mata pun boleh baca. pastu semua orang pun rajin buat solat sunat. bilik study tu pukul 2 terang macam pukul 10 malam aje.

sekarang: kadang-kadang baca semua tu, kadang-kadang tak. sebab lapa. heh. alasan tak logik langsung. lepas tu, pukul 1 mata dah kuyu. stay up jangan harap lah. huhu

5) setiap hari pergi riadah petang, setiap hari ahad akan ade riadah ahad. pagi-pagi lepas subuh dah kene round satu sekolah. lepas tu, bersihkan dorm, bersihkan asrama. time ni la nak gelak-gelak dengan jiran dorm sebelah. :) olahraga kalau tak masuk memang tak sah. merentas desa tu aktiviti yang ditunggu-tunggu.

sekarang: kalau dapat jogging sekali seminggu pun kira bertuah sangat. nak masuk olahraga? harapan. merentas desa? nak lari pergi fakulti pun dah pancit. hahaha. bersihkan kolej? lagilah tade. sampaikan jiran bilik sebelah pun tak tahu nama (*_*)


kawan-kawan nampak tak? kadang-kadang kita lupa..selain akademik, rohani kene jaga juga. jasmani, fizikal pun penting. kawan-kawan final year, amalkan tau bacaan tu. mudah-mudahan final sem ni kita boleh score :D bagi yang tak tahu, amalkan la yang mana mampu. sampai-sampaikanlah banda yang baik. moga dapat manfaat. :) wallahualam.

No comments:

Post a Comment