Sunday, January 9, 2011

kesan kalau FB tutup 15 Mac ni


oh. ini khabar angin terhebat pada hari ini. semua orang sibuk berkata tentang penutupan facebook. oh. oh. betul ke? selalunya benda-benda macam ini tipu..tapiiiiiiiiiiiiii..kalau betul..kalaulah betul, mari kita kaji apakah kesannya dalam hidup seharian kita.


ini adalah untuk mereka yang tidak suka:

1. stalker tahap 5.

bagi mereka, it's like the end of the world. bangun pagi, dah tak tahu nak buat apa. dulu pagi-pagi, check wall kawan-kawan untuk tahu gosip terbaru. kot-kot ada yang baru 'in a relationship' ke...ada yg 'married' ke..atau yang paling best, kalau tuka status ke 'single' wohhhhhhhhhhhhh. gosip panas! gosip panas! lepas tu, pegi tengok komen-komen pulak..habis ushar wall, tengok album pulak, kot-kot ada gambar baru upload ke, kalau ada gambar musuh kita yang huduh-huduh, bolehla gelak-gelak dulu kan?

2. peminat game

oh. kalau FB kene tutup, mereka lah golongan yang sangat susah hati. tak caya? masuk account saya, try tengok home saya. SEMUAAAAAAAAAAAA cakap pasal tak boleh nak main game lagi dah. kalau dulu-dulu, takat main Mafia Wars, Pet Society..sekarang semua duk 24jam main CityVille. bangun tido terus bukak game dulu.. kan? kan? kalau dah tak ada FB, lepas ni bangun tido, semua bawak keluar Saidina pulak la.

3. mereka-mereka yang macam saya

haha..ye. ini bagi golongan macam saya. obviously golongan ni tak suka FB kene tutup! sebab apa?

- lepas ni kalau nak kasi mesej ke ape-ape, kene kasi dekat henfon. abes la kredit. sorang Maxis, sorang Digi, sorang Celcom.
-FB dah jadi medium paling senang untuk contact with people all over the world. in fact, i myself contact dengan my friends yang belajar dekat overseas guna FB. nak-nak pulak bila ada group ni kan, setiap hari bersembang. bukan ke merapatkan silaturrahim tu?
-kalau ada notes best-best leceh la nak share. kalau tak, dulu post aja kat FB. dalam masa 1 jam dah tersebar. macam dulu, saya ingat lagi ada notes pasal Hari Kiamat. dalam masa 30 minit sahaja, notes tu dah di'share' oleh 15 orang berlainan.
-lepas ni kene on ym atau skype setiap masa, masalahnya, ym selalu problem. untuk mereka yang baru guna skype, satu keja pulak nak kene add balik semua orang.
-folder untuk album gambar semakin bertambah-tambah la. katakan 1 event ada 5 orang bawak camera, mesti kita nak simpan buat kenangan kan gambar-gambar tu. kalau ada FB, senang. tag aja. tayah simpan dalam memory laptop.
-etc, etc, etc...(-_-)


ini pula untuk mereka yang suka:

1. mereka di group 'KAMI IBU BAPA LEGA fb AKAN DITUTUP'

yup. mereka memanag akan menjadi orang-orang paling bahagia. dan kalau betul group tu ada dekat fb, mesti fan dah jadi 100 K ++

2. kedai-kedai topup dan pejabat pos yang jual setem.

yeeeeeeeeeeeeeeeeee. orang yang jual topup memang akan jadi sangat bahagia. sebab semua orang akan menghubungi semua orang secara normal balik menggunakan talipon atau surat..(+_+)

3. sesiapa yang rasa nak gembira laaaaaaaaa. heh.


ini pula bagi mereka yang tiada kesan apa-apa dalam hidup mereka:

1. mereka yang tidak mempunyai FB.

kalau tanya mereka, apa pendapat mereka, inilah jawapan mereka " err..face ape? " haha :D


walaupun FB kini banyak disalah guna, tapi masih banyak nilai-nilai positif. use it well. :)

No comments:

Post a Comment