Monday, January 31, 2011

Tuhan, selamatkan mereka. amin.


di saat semua orang bergembira cuti,
di saat kita tidur lena diulit mimpi,
di saat kita menjamu selera tanpa henti..
kita alpa,
dengan kemewahan dunia,
kita lupa,
dengan saudara kita di Mesir sana.


kawan-kawan, mari kita berfikir sejenak. keadaan di Mesir sudah semkin getir. lapangan terbang di Alexandria , pejabat pos, bank, balai polis semua dah kena bakar. setakat hari ini, (31 jan 2011, jam 1205) hanya sebahagian kecil sahaja rakyat malaysia yang berjaya dibawa pulang. sebilangan besar masih lagi di sana, dan dalam proses di bawa pulang. jika berjaya. tiket penerbangan naik 7 kali ganda. jika tiada aral, dalam masa 24 jam, sebahagian lagi pelajar malaysia yang berjaya dikesan akan dibawa pulang. khabarnya, pelajar di bawah tajaan JPA dan Mara. kebmungkinan mereka akan terbang dari lapangan terbang Cairo. keadaan amat darurat di sana. dan kerajaan telah menganggap situasi di sana sudah berada di paras lampu oren. talian amat-amatlah susah. jika anda ada saudara-mara atau rakan yang berada di sana, call terus. jangan sms. itupun banyak kali kena cuba baru boleh dapat call. I.Allah.

berita telah disahkan bahawa terdapat pelajar perempuan Malayia yang dirogol. banduan semua sudah terlepas. rakyat Malaysia ramai yang hidup dalam bergelap. penggunaan lampu terpaksa diminimakan sebaik mungkin. menurut sahabat di Mesir, keadaan di Alex agak kritikal kerana rumah di sana agak berjauhan. alhamdulillah, sebahagian mereka tahu tempat berkumpul. namun, terdapat segelintir lagi yang masih tidak tahu. jika misi membawa pulang rakyat malaysia dijalankan, dikhuatiri sebahagian yang tidak tahu tadi akan keciciran.

kawan-kawan, rakyat Malaysia, mari kita sama-sama berdoa agar mereka selamat di sana. mari gesa kerajaan supaya hantar bantuan. jika kita tak mampu menghulurkan bantuan fizikal, cukuplah dengan bisikan doa dalam hati.

No comments:

Post a Comment