Thursday, February 10, 2011

kepadaNya kita kembali


bila sesuatu perkara yang tak diingini berlaku dekat kita, ada 4 ayat yang bila kita fikir, kita takkan marah.


1. setiap yang berlaku tu ada HIKMAH. mungkin ada sesuatu yang Dia nak tunjuk kat kita.

2. Dia yang LEBIH MENGETAHUI apa yang terbaik untuk diri kita. sebab itu kita berada di dalam situasi itu.

3. ini semua ujian dan DUGAAN dariNya. bertahan. bertahan.

4. perkara itu berlaku disebabkan KESALAHAN DIRI kita atau dosa kita. Dia mahu kita muhasabah diri, kembali kepadaNya, bertaubat kepadaNya dan menjadi hambaNya yang lebih baik.


bila ada apa-apa keresahan hati, sentiasa rujuk kepadaNya. kerana hanya Dialah sebaik-baik tempat mengadu.



ps: juga peringatan untuk diri sendiri.

No comments:

Post a Comment