Tuesday, March 15, 2011

1 perkara penting yang perlu dilakukan sebelum kawen


ini berdasarkan pemerhatian saya je. tak de kajian secara mendalam pun. tak de budget. haha. maka, dengan ini, saya rasa ada 1 perkara perempuan dan lelaki perlu BUAT sebelum terfikir atau berfikir atau sengaja nak fikir tentang kawen.

*pemerhatian ni hanya ambil beberapa aspek aje ye*




KENE ADA SAVING LA WEH

untuk PEREMPUAN,
ni sangat penting! jangan ingat bakal hubby tu koyo royo, nak joli duit dia. hahaha. silap. sebabnye? laki akan spend duit dia untuk:

kereta --> kalau jenis yg suka masuk autoshow tu, memang raban la habes dekat situ. nak modify speaker nye, ekzos nak bunyik macam mercun, body nak macam kete batman, sport rim nak kilat macam iklan darlie. tu belum bahagian dalam lagi. yang nak letak tv la, laptop la, hape la sume.

bola --> memang bukan semua laki suka bola. tapi majority laki memang kaki bola. kat sini aje diorang akan spend duit untuk beli kasut bola, tiket perlawanan bola, jersey bola. jersey boleh terbahagi kepada dua, iaitu jersey negara dan jersey club. yang lagi best kalau dia jenis pengumpul bola. asal masuk kedai adidas ke, nike ke, al ikhsan je, mesti nak beli one set. dengan stokin pun nak logo MU. hurm.

gadget --> yang ni lebih kepada lelaki yang ..erm...lain daripada yang atas. bagi yang suka game, mula-mula beli PS. lepas tu PS 2. lepas tu PS 3. lepas tu Xbox. bagi yang suka gadget, mula-mula henfon biasa. pastu N series. pastu E series. pastu iPhone. pastu iPad. sampai ke sudah le asik tuko. up to date katakan.


untuk LELAKI,
haaaa. kaum Adam lagi lagilah perlu ada simpanan. ingat ye, suami TAK BOLEH ambil duit isteri tau. tak caya? pergi amek kursus kawen balik. kenapa laki kene ada saving lebih dari perempuan? sebabnye:


fesyen --> perempuan suka sangat ikut fesyen. pembetulan. kebanyakan perempuan suka sangat ikut fesyen. mula-mula fesyen baju dari korea. belambak-lambak kat fesbuk orang jual baju korea. lepas tu shawl. mula-mula shawl yuna. lepas tu shawl siti. lepas tu shawl rozita che wan. lepas tu sekarang, semua orang nak pakai gaya hana tajima. tu belum kira kasut , belum kira handbag, belum kira jam, belum kira......

mekap --> ni pun lagi satu bende yang perempuan suka. asal ade event, mesti nak mekap. kaum adam tau tak mekap kalau yang jenama MAC ke, Christian Dior ke, Anna Sui tu brapa ringgit? beratus woi. hadeh. foundation je pun dah masuk 3 digit. yang lain-lain belum kira lagi. tu belum kira lipstik, pedicure, manicure, hape cure lagi la.

makan --> ada certain perempuan, tak suka makan berat-berat. jaga badan katanya. tapi, ramainya perempuan suka makan. makan jajan. makan coklat. makan famous amos. makan askem baskin robin. kalau yang kurus keding macam saya lagi bahaya. semua bende bedal.


well, tak semua lelaki dan perempuan macam tu. tapi ni cuma senario yang sering kita nampak masa kini la. dan sebenarnya ada banyak lagi faktor. tapi faktor yang paling utama ialah kewangan. kewangan mesti stabil. nanti camne nak bayar duet rumah, bil air, bil api, bayar kete, insuran, susu anak sume tu?



moralnya: marilah menabung :)


No comments:

Post a Comment