Monday, May 30, 2011

dia yang hanya mampu memandang


gambar ni biasa. tapi cukup menginsafkan.

seorang anak kecil.
yang hanya mampu memandang.
pada suatu poster itu.

tanpa sepatu.
berjalan mencari rezeki.
demi mengalas perut.
yang berkeroncong dari pagi.

tanpa rungutan.
tanpa keluhan.
senyuman jelas terukir di bibir.
kerna dia yakin.
ini semua hanyalah dugaan dunia.


pernah saya terbaca suatu artikel yang mengisahkan pasal syurga dan neraka. diceritakan bahawa apabila seorang yang begitu sengsara di dunia, namun apabila dicelupkan ke dalam syurga walau hanya sesaat, segala kesengsaraannya hilang sekelip mata.

pesanan ini untuk diri saya, diri saya, diri saya dan sekalian kawan2. segala dugaan dunia hanya sementara. moga kita tabah hadapinya. kerna yang jelas, kehidupan yang kekal abadi hanyalah di akhirat sana. amin.





No comments:

Post a Comment