Wednesday, May 18, 2011

kacamata hitam: keperluan atau sekadar gaya?


hari ini mari kita sembang pasal kacamata hitam atau sunglasses. pernah tak kadang-kadang anda drive kereta petang-petang nak balik kerja, kemudian jalan tu betul-betul la pulak menghadap matahari? Ya Allah hai. tak tahan woo. sakit mata.

saya merupakan salah seorang manusia dalam beribu-ribu manusia yang memang allergic sikit dengan cahaya dan aircond. dulu masa belajar dekat U, dalam bilik, setiap malam saya pakai topi sebab tak tahan cahaya lampu meja study. lepas tu dah lama-lama rasa macam poyo sangat la pulak. so, tak pakai topi, tapi pastu mata merah macam vampire jahat dalam Twilight tu. ape ke tah nama dia.

so, saya pun beli lah sunglasses murah kat supermarket. ade la dalam Rm 10 kot. janji mata tak sakit. HAAAAAAA. kat sini lah silap saya dan kebanyakan orang kat malaysia ni! okay. maybe ada yang tak tahu, bahawa :

SUNGLASSES YANG DIBELI DI PASAR MALAM AKAN MENGAKIBATKAN MATA ANDA MENJADI ROSAK?

kenapa? haa. meh baca dekat link ni. atau Google aje lah. banyak info dan fakta. ramai yang tak tahu. sebab semua orang pikir nak yang murah. cuba fikir, nak beli sunglasses murah tapi menyebabkan rabun atau beli cermin mata yang mahal sikit, tapi memberi perlindungan kat mata?

saya ni pakai spek. kadang-kadang lens pecah la. calar la. ade orang terpijak la. sekali buat spek baru dekat 300-400 ringgit. ikut lens dan brand frame. kadang tu setahun sekali tukar sebab power lens bertambah. sayang kan? duit habis macam tu je. jadi, sementara anda masih ada mata yang sihat, jagalah elok-elok.

saya dah survey, sunglasses yang ada UV protection yang original boleh dapat dalam RM 90 ke atas. ikut brand la. kalau nak Aviator Ray Ban original tu, ermmm..kalau koyo royo tak po lah. $130. pengsan aku! tapi kalau takat nak yang elok, brand Elle pun ada. leh dapat dalam RM 100++. tunggu lah bila ada sale. jimat sikit duit.

okeh. sekian sahaja info kesihatan untuk kali ini.

nak sunglasses ni. kalau sesapa ada sedara bukak kedai spek, jual spek macam ni yang murah, roger saye ye! :)

Oakley Women's Sunglasses. Rm 280. memang makan pasir la gamaknye kalau beli ni. (-_-)'

ataupun yang ni. hehe..cantik kan corak tepi dia?

No comments:

Post a Comment