Tuesday, May 24, 2011

pusat sains negara: malaysian tourism fair 2011

ahad lepas saja-saja join Malaysian Tourism Fair di PWTC. ramai yang tak tahu pasal MTF ni. ia berlansung dari 20-22 Mei 2011 lepas. alhamdulillah, booth PSN dapat sambutan hangat. hot!

frankly speaking, ini kali pertama saya join event besar yang bertaraf kebangsaan macam ni (selain kuiz kimia pelik yang kene jawab time form 4 dulu..hahaha). it was very fun. jumpa ramai orang, macam-macam ragam. ada sekumpulan orang dari Iran datang booth kami dan dia sangat teruja dengan demo yang kitorg bawa. in fact, dia sanggup suruh kawan dia di booth lain datang booth kami. amazing huh?

then, ada seorang makcik ni, siap berkenalan bagai. haha. tatau la kalau dia anak anak teruna solo ke kan? :D and the best of the best of the best of the best part was...

kami mengajar orang ramai tentang sains. kami membawa orang ramai melihat dunia sains yang sebenar. kami memupuk semangat anak-anak kecil meminati bidang sains. dan kami gembira menyebarkan ilmu. setidak-tidaknya, dapat buat bekalan untuk 'di sana' nanti kan? :)


Pleo pengubat keletihan kami,
menjadi penghibur sepanjang hari,
kanak-kanak teruja sekali,
bersama Pleo tak kering gusi.

kalau nak tau lebih pasal Pleo, boleh baca dekat sini.

okeh! set up tempat. set up tempat!

Shaqil sangat tekun explain dekat abang tu tentang science trick

nak balik dah. boleh nampak semua orang duk sibuk menelepon abg mad suruh amek kitorg.

oh. dan ini saya :)


ps: kalau anda ada peluang join aktiviti macam ni, join la. tak rugi punyeeee :)

No comments:

Post a Comment