Thursday, June 30, 2011

links for shoppaholic :)

okay. disebabkan duit claim bulan lepas tak sentuh lagi, dan bulan ni I.Allah dapat tambahan duit OT lagi, jadi mari kita shopping! yeay! dah lama sangat mendiamkan diri dari membeli kehendak hati. muahahahahaha.

so, kepada yang kaki shopping, meh kita share link on9 shopping ye :) sy buat review sikit ye.

+

dua blog ni mmg fav saya. apa yang saya suka dengan BeeBaaCLOSET ni ialah sometimes, owner dia suka buat cheap sale, which kalau kena timing boleh dapat almost 50% off. barang dia 100% authentic dan original punyaaaa. so, don't expect untuk dapatkan beg Coach dengan harga Rm 100. memang baaaaaanyak barangan Fossil, Coach, Baby Phat, Harrods dan banyak lagi.


nak tengok lagi, sila klink link kat atas tu.



okeh, Rosetreat pula, kalau anda gemarkan barangan kecantikan atau perhiasan diri yang berjenama, Rosetreat memang tempat yang sesuai. dekat sini juga, kalau kit anak browse barang, boleh try search melalui categories. atau kalau tanak, boleh search melalui brand :) jom kita cuci mata sat.



next on the list adalah The Bag Galore. owner dia adalah kakak rakan saya. so, sejak dari awal kedai ni mula beroperasi hingga gilang gemilang, saya tetap suka ushar beg-beg dia. caaaaaantik tau! dan banyak pilihan. satu best kedai ni adalah sebahagian beg adalah original dan sebahagian lagi replika AAA. so, anda boleh dapat beg yang berkualiti dengan harga yang murah!




ok. dah. lain-lain, pegi tengok sendiri kat blog tu. second last on the list ialah kedai baju pulak. yeay. kedai ni namanya eightDesigns. baju yang dijual memang lain dari yang lain. tak caya? meh tengok gambar kat bawah ni jap. kedai ni ada satu dekat bangi kalau tak silap saya. cawangan lain tak sure pulak. tapi baju-baju kat sini kene cepat. macam goreng pisang panas!



dan yang terakhir sekali ialah Lowyat.Net hahahaha. ramai tau lowyat ni kan? tapi tapelah. untuk sapa-sapa yang tak tau, kalau nak carik barang on9, SIYES banyak gilaaaaaaaaaaa barang kat sini. and macam-macam. harga depends on barang. kala original, ade jugak yg cecah RM 8K. tapi ade je barang cikai-cikai, atau pun 2nd hand tapi kualiti masih 90% elok. so, pandai-pandai la godeh ye link-link ni.


sekian sahaja untuk sesi shopping kali ni. kalau ade link best lagi, nnti saya kasi eh :)

No comments:

Post a Comment