Tuesday, July 26, 2011

hari istimewa bagi mereka yang istimewa.


mungkin ramai yang tak tahu, tapi dekat PSN sekarang tengah berlangsung event Special Science Day. event ni khas bagi mereka yang istimewa atau OKU. oh btw, tahu tak OKU dah ditukar kepada Orang Kelainan Upaya?

Kelainan. ya. memang lain.
orang lain berjalan seperti biasa, tetapi mereka berkerusi roda.
orang lain bergelak ketawa, tetapi mereka duduk membisu seribu bahasa.
orang lain membuka mata melihat dunia, tetapi mereka merasa melalui deria.
orang lain sempurna sifatnya, tetapi mereka bersyukur dengan apa yang ada.

kita lupa.
dengan nikmat dunia.
tetapi di sebalik penderitaan mereka,
terselit sebuah senyuman kerana meraka tahu ini hanya dugaan di dunia.


gambar kat atas ni adalah sudut 'My Wold Expression'. diorang sukaaaaaaa sangat kat sini sebab boleh mewarna. tapi sedih. sebab ada yang datang tak sempurna jari. ada yang datang tak boleh genggam pun berus tu. ada yang datang tapi tertumpah warna di atas baju.

ini adalah Mubin. nampak normal. tapi beliau menghidap sakit syndrome down. walaupun tak reti memegang berus dengan betul, namun beliau gigih nak siapkan jugak lukisan. sedang asyik mewarna, tiba-tiba DJ pasang lagu Aishiteru. dengan semangat beliau berjoget riang. senyuman jelas terukir di wajah. seketika kemudian beliau meletakkan tangan di telinga dan membuat gaya seolah-olah sedang bercakap di telefon. sayu sangat hati melihat telatah dan keletah mereka. tapi apa yang pasti, mereka sangat tabah menjalani kehidupan penuh pancaroba ini.


ps: keinsafan jelas menusuk di hati.

No comments:

Post a Comment