Friday, July 8, 2011

resepi: black pepper cheese hash brown.

seperti yang dijanjikan, ni lah resepi hash brown :)

1/2 cawan tepung
1/3 cawan cornmeal (kalau tade, tepung jagung pon boley)
2 camca kecil garam
1 camca kecil baking powder
5 cawan kentang yang diparut
1/3 minyak sayuran
2 biji telur


1. masukkan tepung + cornmeal/tepung jagung + garam + baking powder ke dalam besen. gaul rata.

2. masukkan pula kentang yang sudah diparut + minyak sayuran + telur ke dalam besen. kacau hingga betul-betul sebati.


!! pastikan kentang agak kering sedikit sebelum digaulkan ke dalam besen.
!! tapis adunan (betul ke istilah adunan ni eh? haha..bedal je lah) jika kentang mengeluarkan terlalu banyak air.


3. masak di atas pan yang sedang panas.

4. untuk impak rasa yang lebih ummmph, masa gorang tu, tambahkan sedikit serbuk black pepper, dan kemudian letakkan sekeping cheese di atas hash brown. biarkan cheese itu cair. MEMANG serius sedap.


selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment