Monday, October 17, 2011

kerja: Government @ Private?



so much to say, but so little time. lately, banyak mengeluh. tau...tak baik. orang tua-tua kata banyak mengeluh pendek umur. entah betul entah tidak. kenapa mengeluh? ni yang nak story sikit.

saya tau, at this time ramai fresh graduates tengah pulun carik kerja. some sambung masters. the rest sedang menikmati zaman bermanja-manja dengan tilam dan makanan dengan bahagia. oh jelesnye. but for me, i seriously malas nak kerja. lagi malas nak sambung masters. cukuplah hilang berkilo-kilo berat badan buat tesis. tapi, kene carik duit. kesian kat mak bapak. that's why saya memilih untuk kerja. here comes the hard part.

nak pilih kerja dengan GOVERNMENT atau PRIVATE?


di sini, kene buat pilihan betul-betul. tak semua orang boleh kerja dengan gov dan begitu juga sebaliknya. kene fahami diri betul-betul. jika anda jenis yang suka bergaul dengan golongan makcik-makcik atau pakcik-pakcik, boleh la kerja dengan gov. nak pulak sekarang dah up sampai umur 60 tahun. so, maybe anda akan bekerja dengan golongan atuk-atuk juga. *hamboi, nak atuk ajeee, nenek tanak pulak?* ini bukanlah bermaksud yang sape keja gov ni berkawan dengan orang yang berumur, tapi selalunya, kerja gov ni terasa suasana kampung halaman sikit. ye la. cik kiah ni duk bawak kerepek. en meon pulak duk buat air nescafe. pergh. bau dia wangi tayah cakap la. dengan si tipah ni pulak tetibe masak roti bakar letak mentega tabur sikit gula. pastu bila nak semayang zohor, jemaah ramai-ramai. kan macam suasana kampung tu. tak tau la pendapat orang lain. ni bagi saya la. and i love that.

jika anda gemar bergaul dengan mereka yang pelbagai kaum, bangsa, agama dan budaya, boleh lah kerja dengan private. TAK SEMUA private macam tu, tapi kebanyakkan private ada ramai Chinese and Indian. kalau kerja private, anda akan rasa macam keharmonian 1 Malaysia pulak la. nanti Chinese New Year dapat banyak limau. bila Deepavali dapat banyak Meruku atau candy atau laddu. awww. so sweet. BUT, it's kinda rare to find other races in the gov agencies. why? because most of the time they have to speak Bahasa Malaysia. like for Malays, it's not a problem, but for others?

same goes to private sectors. why it's hard to find Malays in a company where the taukeh is a chinese? because most of the time they have to speak English and most Malays can't speak English fluently. including me. hahaha. and that's not a good thing ya people.


 i'm not talking about races here okay. don't get me wrong. apa yang saya ingin tekankan di sini ialah penguasaan bahasa tu sangat penting. yes, i admit. sejak duduk UKM, saya memang jarang sangat guna Bahasa Inggeris. even dalam kuliah pun, tajuk subject je dalam Bahasa Inggeris, tapi bahasa pertuturan semua dalam Bahasa Malaysia. so, lama-lama saya jadi berkarat. bila jumpa mat saleh pun fikir dalam otak dulu, grammar betul ke tak, pronunciation betul ke tak, preposition betul ke tak, baru la cakap. itu pun nervous macam nak ambil result SPM je. heh. worst part is when i got job offer at Kelana Jaya where i need to speak English like all the time. nak cakap simple English pun tergagap-gagap. lepas tu down sebab tak reti buat kerja dengan baik. lepas tu emo sebab tak dapat buat deal. padan muka aku.

maka, apabila anda nilai apa yang saya katakan ini secara holistik, saya yakin konklusi yang tercapai adalah kerja dengan mana-mana badan pun, kene mempunyai penguasaan bahasa dengan baik. baik Bahasa Malaysia mahupun English. both government and private sectors have their own pros and cons. so, know yourself first. i hope this looooooooooooooooooooooooong bebelan dapat menbantu anda sedikit sebanyak. 



ps: Allah takkan menguji hambanya di luar kemampuan seseorang itu. dan ingatlah bahawa Allah sentiasa suka mendengar rintihan hambanya yang meminta pertolonganya :)

pps: sila tonton Mind Tour Language. a good way to learn English and super dem funny :D

No comments:

Post a Comment