Monday, October 10, 2011

t-shirt putih itu

sedang aku merehatkan kaki kepenatan menekan pedal brek dan minyak semasa memandu pulang kerja tadi, aku terpandang sehelai t-shirt. t-shirt putih kepunyaanku. t-shirt yang bercorakkan brick game. t-shirt sempena medik.

aku terus mencapai t-shirt tersebut dan mengamati dalam-dalam. banyak kenangan tersirat di dalamnya. banyak kenangan terkumpul semasa dahulu kala. aku masih ingat, Efa duk promote t-shirt ni dulu. serius, aku tak nak beli. bukan apa, sebab ia t-shirt putih. cepat kotor. bukan malas basuh baju guna tangan, tapi nak simpan sikit isi dan lemak kat bahagian tangan. sian. kepeng sangat dah ni. lagipun, duit bukan ada sangat. 

namun, demi kawan, demi suatu persahabatan, aku beli juga t-shirt putih itu. bukan kerna terpaksa, tapi kerna aku tahu, 



NILAI PERSAHABATAN ITU LEBIH DARI HARGA SEHELAI T-SHIRT PUTIH ITU.






ps: jika di saat penghujung cerita ini anda terbayangkan suatu wajah sahabat anda, ini bermakna anda dapat mesej yang ingin disampaikan. tahniah :)

pps: selamat pengantin baru leen aka akak jaksa akademik kiteeee . moga kekal ke akhir hayat :D

No comments:

Post a Comment