Wednesday, November 16, 2011

baby shower VS lenggang perut





mana lagi bagus?
BABY SHOWER @ LENGGANG PERUT?

Adat_melenggang_perut1.gif (246×151)
pic from here

VS 
pic from google

kalau kita tengok, zaman sekarang dah ramai orang yang mengandung buat baby shower. katanya, baby shower ni macam lenggang perut. bagi siapa yang tak tau, baby shower ni maksudnya satu sambutan menyambut bayi dalam perut dan 'dihujani hadiah'. kalau nak tau maksud lebih tepat, sila rujuk sini.

well, bagi orang tua-tua, ada yang berpendapat tak berapa elok buat baby shower sebab kita memberi hadiah banyak-banyak mahal bagai, sekali tiba-tiba bayi dalam kandungan meninggal, akan memberi kemurungan kepada si ibu. na'uzubillah. saya pun tak tahu sangat, tapi yang pasti, saya pun pernah kene marah dengan orang tua-tua sebab membeli hadiah dan persiapan awal untuk kakak saya semasa diorang tengah pregnant dulu. kalau ikut logik, betul jugak orang tua-tua ni cakap. bende ni boleh membawa kepada Postpartum Depression yang serius. (ade kaitan ke eh? hurmm o_O)

persoalannya, kenapa baby shower tak elok, tapi lenggang perut boleh pulak buat? menurut kisahnya, lenggang perut ni untuk membetulkan kedudukan bayi supaya berada di pangkal rahim, bagi memudahkan proses bersalin nanti. sebabnya, zaman dulu-dulu susah nak dapatkan klinik. jadi, panggil mak bidan untuk tengok kedudukan baby. kalau tak betul, tu yang dia betulkan. kat sini MAYBE nampak kerelavenan kenapa atuk nenek kita kata baby shower tu dah terpesong dari tujuan lenggang perut sebenar. 

saya ada terbaca di beberapa website yang menceritakan pengalaman mereka membuat lenggang perut. ada sesetengahnya dikatakan syirik sebab ada guna kemenyan, beras, kelapa, kain 7 warna, etc. kononnya ada bidan percaya boleh check jantina bayi dari cara percikan air kelapa tu (like SERIOUSLY? O_o) . sebagai contoh, di website ini ada menerangkan cara lenggang perut. kalau nak baca cara / kaedah yang lain, boleh seach google kat mana-mana website atau forum di internet.

pic from here
tapi, ada juga lenggang perut yang masih berpegang kepada adat, iaitu panggil mak bidan, check posisi baby, then buat doa selamat, bacaan yasin, kemudian kenduri kecil-kecilan. 

kalau payah sangat, pergi aje hospital tu. check dekat pakar sakit puan ke atau mana-mana doktor lah. nak check jantina baby, pergilah scan. haishh. tayah nak pecah-pecah kelapa tu. buat santan lagi baik.

jadi, kembali kepada persoalan utama kita, semua tu berbalik kepada individu tersebut. sejauh mana kepercayaan sesorang itu terhadap sesuatu perkara itu. tepuk dada, tanya iman. wallahualam :)




ps: hanya Allah yang lebih mengetahui. kita doa  dan buat solat hajat banyak-banyak agar baby selamat. macam tu lebih senang. ye dok?

No comments:

Post a Comment