Monday, November 28, 2011

kereta-ku-kudung



al kisah, nak dijadikan cerita pagi subuh jumaat lepas, 25/11/2011, jiran-jiran semua duk kecoh ada kereta hilang tayar dekat masjid. empat-empat tayar pulak tu. sekali bila check, rupanya kereta itu adalah kereta saya. ohh. -_-" nak tengok rupa dia?





sian. sampai-sampai tengok pencuri tu letak batu bata untuk tahan dia. habis kembang skirt tepi tu. yang lagi sedihnye sebab pencuri tu buat kegiatan haram ni dalam rumah Allah. insaflah wahai pencuri. ikut nasihat syaitan memang dah menyumpah seranah dah. tapi ikut akal, diam aje lah. fikir bende ni semua dugaan nak kenduri. cuma kalau diorang curik untuk saje-saje, saya haramkan duit yang diorg dapat hasil jualan tayah + rim sume tu. tapi kalau pencuri tu buat kerja tu sebab dah terdesak sangat tade duit nak makan nasik, hidup merempat, ade pulak mak bapak yang sakit teruk, tape la.

jadi dah buat police report semua, pegi workshop, beli tayar baru sume. taukeh kedai tu kata, sekarang ni memang hot selling rim original kereta VIVA + MYVI. maka, pemilik kereta viva, viva elite, viva lmited edition, myvi, myvi se, myvi lagi best semua la, hati-hati bila parking. sebab tak mustahil diorg nak buat benda yang sama dekat anda.

maybe anda kata "alaaa, ok ni. parking depan umah takkan diorg nak curik gak kot?" hahaha. anda SILAP. just imagine. kereta saya kene curik-dalam masjid (tempat yang selalu ada orang)-depan rumah-SEMASA HARI KENDURI. berani gila kan?obviously hari kenduri ramai sedara mara datang pun diorg berani buat keje macam ni.

cara mengatasi --> mesti anda penah dengar kan orang cakap 'lock tayar, lock tayar" . okay. cara dia macam ni. selalu kalau kereta viva, dia ade 4 nut pada rim tu. and usually semuanya sama. so, what you can do is, u buy 1 set of different types of nut, then you change one nut at each rim. macam gambar dekat bawah ni.
gambar dari sini
nampak tak? contoh yang ni, 4 nut sama dan 1 nut yang berbeza. 1 nut yang berbeza tu dipanggil 'locking wheel nut'. di mana, kalau hanya anda sahaja yang ada pembuka nut tersebut, so, kalau pencuri tu nak bukak still payah la sebab dia tak tau anda guna bunga nut yang macam mana, UNLESS dia dah usha kereta anda sekian lama.tak mahal sangat rasanya. rm 80 untuk one set (yang mengandungi 4 ketul nut ). maybe anda rasa sayang nak buang duit, tapi kalau anda dah terkena macam saya, time tu menangis pun tak guna.

saya cuma nak share pengalaman saya. hope you guys can take note.

No comments:

Post a Comment