Sunday, December 25, 2011

sila survey harga sebelum buat spek

sebenarnya entri kali ni bersangkut paut dengan entry yang NI. masih lagi pasal topik cermin mata hitam/ sunglasses.

ok. ingat tak dulu saya pernah cakap pasal tambah power dekat spek itam? my friend cakap dia buat dalam rm 100 je. 

so, tadi saya pergi kedai spek dekat Carrefour Wangsa Maju. guess what, dia cekik sampai rm 250. gilo ko po? mahai bebeno. dia kata tu normal price. ye ke? saya tak caya. so, saya keep on surveying other kedai spek. kali ni rm 180 untuk power sahaja. kalau nak UV semua, kene tambah lagi rm 30. oh, and yeah. kedai ni pun cakap tu standard price. GAHAHAHAHAHA.

wa tau la wa kecik, wa nampak tak pakai beg Gucci, tapi tak bermakna wa bodo. agak-agak la. 250 dengan 180 jauh kot beza. mana satu harga standard ni? end up, saya pergi Giant Taman Melawati, pegi kedai spek kat level 1 tu, tanya dia, dia kata apa nak tau? "ohh, kita charge RM 120. sekali silau semua kak. standard price " 



ps: tolooooooooooooooooooooooooooooooooonglah berniaga jujur sikit. amek untung berlipat kali ganda, tak baik tau.

No comments:

Post a Comment