Sunday, January 29, 2012

mencari syurga cinta

tadi masa tengah duduk-duduk, sekali terperasan ade cerita Syurga Cinta dekat Astro. dah lama tak tengok. dulu masa dekat Kajai, asal bosan je, usha koleksi movie.

penceritaan cerita tu ok, tapi sampai satu part, saya tergamam. dialog dia sangat mendalam.



Irham: Syu..apa Syu akan buat kalau tiba-tiba orang yang Syu sayang tipu Syu dan tinggalkan Syu..Syu sedih tak?

Syuhada: Jika seseorang itu hadir dalam hidup saya, dan jadi sebahagian daripada saya, tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih. terimalah kenyataan itu..sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan saya. jadi saya redha.


4.33 - 5.06

kehadiran sesorang di dalam hidup kita belum tentu akan kekal selamanya. 
kehadiran seseorang dalam hidup kita belum tentu jodoh kita. 

ajal, maut, jodoh dan pertemuan ditentukan olehNya. 
jadi, terima segala ketentuan dengan hati yang redha.




ps: nak melarikan diri kejap. serabut. serabut!

No comments:

Post a Comment