Saturday, February 4, 2012

tolong beritahu dia

tolong beritahu dia,
bahawa aku bukan sengaja.
tolong beritahu dia,
bukan niatku buat dia terluka.
tolong beritahu dia,
ini semua ketentuanNYA.

tolong beritahu dia,
kuatkan semangat dalam dirinya,
jaga kesihatan, makan, minumnya,
jangan berduka, bermuram durja,
pastikan ada senyuman terukir di wajahnya.

tolong beritahu dia,
buang semua kenangan lama,
andai itu yang menjadi bisa,
buang semua memori lama,
andai itu membuat dia sengsara.

tolong beritahu dia,
mungkin sampai di sini sahaja,
mungkin jodoh bukan milik kita,
kita dah berusaha kearahnya,
tapi DIA yang menentukan segalanya.

tolong beritahu dia,
aku sentiasa mendoakan dia,
aku berharap dia akan lebih bahagia,
aku pasti ada bidadari syurga yang sedang menunggu dia.

tolong beritahu dia,
tolong beritahu dia,
tolong beritahu dia.




ps: 060212 = 21.



No comments:

Post a Comment