Wednesday, July 25, 2012

kerjaya VS ibu bapa



assalamualaikum semua :) time ramadhan ni, kita tuka sikit cara penulisan ya. just want to share a story.

siapa pernah berada dalam satu situasi yang 'diluah mati mak, ditelan mati bapak'? well, i did. i was in between of my career and my family. frankly speaking, the challenges are quite tough when you are dealing with business. well, that's the law. high profit, high risk or in simple English, high salary comes with challenging tasks.

ihsan google

but that's not the problem. the real issue comes when i have so little time, but so many things to do to improve my career but at the same time i have to fulfill my role as 'anak solehah' to my parents. thehehehe :p

jadi, apa pilihan yang saya ada? adakala, tak dinafikan rasa macam nak pilih career. sebab nak kejar target. nak kejar impian. nak kejar sales. nak kejar pangkat. etc. etc. tapi semua tu tak bermakna tanpa keberkatan ibu bapa kan? jadi, apa yang saya buat kalau saya rasa tersepit antara dua benda penting ialah saya akan selalu ingat kembali satu cerita yang saya pernah baca. ini adalah kisah benar suatu masa dahulu.

cerita dia mengisahkan seorang hamba Allah ni. beliau hidup susah dan berada di tingkatan 5. nak dijadikan cerita, pada malam sebelum beliau SPM, mak beliau sakit. sakit teruk. dan beliau terpaksa menjaga ibunya. hajat di hati nak aja study. esok tu exam SPM kot. gilaaa tanak study? tapi beliau tetap jaga maknya.

keesokkan harinya, beliau ke sekolah dgn hati yang tawakal. apabila start aja exam tu, beliau nampak seolah-olah ada buku subjek tersebut di atas meja peperiksaan tu. Masya Allah. kuasa Tuhan. dan dengar kata, beliau lulus peperiksaan dengan cemerlang.

moralnya di sini, apabila kita meletakkan ibu bapa kita sebagai priority dalam kehidupan kita, I.Allah, Tuhan  akan tolong kita. Tuhan akan membalas dengan balasan yang setimpal. sebab tu, suatu hari nanti anda tersepit dalam membuat pilihan, terutama yang melibatkan ibu bapa, apa cara sekalipun, PILIHLAH ibu bapa kerana mereka adalah 4 orang teatas yang kita WAJIB hormat. dan yakin dengan janji Allah. wallahualam.


ps: janji Allah itu PASTI.

No comments:

Post a Comment