Sunday, October 21, 2012

surau shopping mall yang cantik di KL

cara saya buat rating untuk shopping mall senang saja. tengok keadaan surau di shopping mall tersebut. kenapa? sebab surau adalah tempat yang paaaaaaaaaaaling orang tak endahkan. kalau orang muslim pun kadang-kadang jenguk, kadang-kadang tidak, apatah lagi pihak management shopping mall yang majoriti terdiri dari kaum 'belum lagi' muslim. betulkan?

so, haritu saya ada appointment di Kelana Jaya. singgah kejap nak usha Paradigm Mall. *baca dengan nada iklan Para-Di-Gem*. haha. saya suka iklan tu :) ok, maka saya singgah la kejap nak solat zohor. surprisingly, surau dia saaaaaaaaangat lawa :O :O tak caya? ehem. tengok gambar ni.

saaangat roomy. memang besar, aircond pun best! sejuuk :)

ni tempat ambil air sembahyang dia. pon besaaaaaaaaa weh. boleh mandi kot kat situ. so, tade la duk beratur liku-liku macam ular mcm dekat Mid Valley.

ni ruangan menunggu/pakai kasut. punnn spacious. overall, rasanya tak ada problem kalau time peak hour nak solat. sebab there are enough space for everyone.

and you know what, dekat telekung tu siap ada jahit sulam 'Paradigm Mall'. get it? it means, pihak management memang tempah telekung untuk surau diorang dan BERSIH+wangi. kau hado?

happy.


these are top 3 worst shopping mall musollah in KL
1-Berjaya Times Square
2- The Gardens
3-Wangsa Walk





No comments:

Post a Comment