Saturday, April 12, 2014

Resepi : spaghetti cheese bakar @ baked cheese spaghetti

Ohh. Biasalah. Bila musim air kene catu air ni, seboleh-bolehnya kita nak masak benda yang simple, kurang guna utensils dan senang. Betul kan? So, dengan ini, saya namakan resepi ini 'resepi mudah bila air takda'. Muehehe

Cara:

1. Rendam spaghetti dalam periuk panas. Rendam sampai lembut. Ketepikan.
2. Basak bahan-bahan sos. Campak-campak aja bahan. ( sos mushroom kimball+ ayam cincang dadu+carrot+cili padi+ cendawan+bawang merah+ serbuk lada hitam+ serbuk lada sulah+garam)
3. Bila bahan sos dah masak, gaul rata spaghetti dengan sos tadi. Masukkan ke dalam pan pembakar. Letakkan keju cheddar@mozarella@keju cheesedale @ seangkatan dengannya di atas spaghetti tadi macam ni.


Atau kalau guna pan besar, letak la 3-4 keping macam ni.


4. Bakar selama 10-15 minit. Siap! Makan. Omnomnom


Happy trying ;)



No comments:

Post a Comment