Saturday, April 12, 2014

Tak payah lah kerja part time! Qonaah je lahhhh.


"Tak payah lah kerja-kerja part time ni! Bersyukur ajelah apa yang adaaa"

Sounds familiar? Yup. Itulah yang orang kita sering perkatakan. Salah kah ayat tu? Tak. 

Tak salah, JIKA anda :
- dah cukup beri wang pada ibu bapa
- dah pernah menunaikan haji
- dah pergi umrah lebih dari sekali
- dah beri zakat pada yang perlu secukupnya
- dah infakkan harta pada yang perlu
- dah beri nafkah yang secukup-cukupnya pada anak isteri
- etc.

Tapi, SALAH, SEKIRANYA anda:
- nafkah isteri pun boleh kira dengan jari. Dah la tu, beri awal bulan, tengah bulan minta balik.
- beli susu/ pampers anak pun berkira nak yang murah aja
- beri duit pada mak bapak pun kadang-kadang aja. Paling selalu, pinjam lagi adalah.
- pergi umrah pun tak pernah. Pergi haji apatah lagi. Ingat mak tunggu duit kat TH beranak-ranak dulu. Dah umur 60+ nanti pergilah. Kot. Itupun kalau masih bernyawa lagi.
- nak bayar zakat pun berkira-kira. Takut duit tak cukup sampai hujung bulan.
-etc

Fikirkanlah kembali. Adakah ini yang anda maksudkan 'bersyukur dengan apa yang ada'? Tidak. Allah memberi seorang lelaki itu kudrat yang sangat hebat, agar dia berusaha dengan lebih. 

Barangsiapa bersusah payah mencari nafkah untuk keluarganya maka dia serupa dgn seorang mujahid di jalan Allah. (HR Ahmad) 


Terasa terketuk baca ayat di atas? Nah, baca ini pula.



"Kemiskinan BUKAN hukuman. Islam WAJIBKAN umat mencari rezeki untuk KEMAJUAN diri"

Tidak. Lahir miskin bukan hukuman. Tidak. Serba kekurangan wang dan harta bukan hukuman. Berusahalah. Berusahalah. Berusahalah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.

Bangkitlah. Tidakkah anda mahu melihat ibu bapa bahagia tatkala setiap,tahun anda belanja mereka pergi umrah bersama? Pahala. Tidakkah anda mahu membayar lebih tatkala membayar zakat setiap bulan? Pahala. Tidakkah anda mahu memberikan pakaian dan sumber makanan pada fakir miskin tatkala raya muncul pada setiap tahun? Pahala. Allah. Banyak sangat saham akhirat boleh kumpul ni!

Tidak akan berkurang harta yang di sedekahkan, kecuali bertambah dan bertambah." (HR. Tirmidzi)

Apa yang saya ingin sampaikan ialah, mencari harta dunia BUKANLAH bermaksud mengejar dunia. Mencari harta dunia bagi kesenangan keluarga di samping dapat menambah saham akhirat. 

Ada pepatah mengatakan "kejar dunia, nescaya akhirat akan meninggalkanmu. Kejarlah akhirat, nescaya dunia akan mengikutimu". 

Saya tak kata carilah duit supaya boleh bangga pakai kereta Lambogini. Saya tak kata carilah duit supaya boleh tayang pakai beg LV. Saya tak kata carilah duit supaya raya nanti boleh kecoh cerita tempah khas baju dengan Jovian Mandagie. Tak. Saya tak kata. Itu riak namanya. Dan riak itu syirik khofi. ( yes, you can wear n buy all those things, IF u REALLY want it..as long as u keep humble, byr zakat semua dan tak riak ).

Barangsiapa yang (menjadikan) dunia tujuan utamanya, maka Allah akan mencerai-beraikan urusannya dan menjadikan kemiskinan (tidak pernah merasa cukup) (selalu ada) di hadapannya, padahal dia tidak akan mendapatkan (harta benda) melebihi dari apa yang Allah tetapkan baginya. dan barangsiapa yang (menjadikan) akhirat niat (tujuan utama)nya, maka Allah akan menghimpunkan urusannya, menjadikan kekayaan/selalu merasa cukup (ada) dalam hatinya, dan (harta benda) duniawi datang kepadanya dalam keadaan rendah (tidak bernilai di hadapannya)- HR. Ibnu Majah, Ahmad, ad-Darimi, Ibnu Hibban.



Jadi, renung-renungkan. Adakah anda dalam kategori tak salah atau SALAH. Jika anda dalam kategori salah, carilah kerja part time yang sesuai dengan anda. Untuk keselesaan keluarga. Boleh buat biz jual kain on line ke, buat biz shaklee ke atau paling senang, tak perlu simpan stok barang, jadilah konsultan kewangan.

Malah dengan menjadi part-timer konsultan kewangan ini pun sudah mampu tolong orang untuk PERGI UMRAH/HAJI. Subhanallah. Seronok kan? Sekiranya berminat untuk mengetahui tentang kerjaya part time yg unik ini dengan lanjut, hubungi saya secara personal di 013-3107764 atau email di emeraldelite@yahoo.com. 

No comments:

Post a Comment