Friday, February 13, 2015

Nikmat yang manakah KAU dustakan?

Rezeki.

Harini nak bercerita pasal rezeki. Semua org kata rezeki tu luas. Tapi kata-kata itu hanya di mulut sahaja. Tak sampai ke dalam jiwa. Sebab apa?

Sebab, bila seseorang salesman tu tak banyak sales, org kata " tu la kau. Tak solat dhuha. Rezeki sempit ". Bila seseorang itu kurang duit, org kata " kau mesti tak pernah solat tahajud kan? Sbb tu rezeki susah nak masuk". Astagfirullahalazim. 

Bila mana kita tak ada cctv yg tengok org tu 24 jam sehari, jangan keluarkan kata dusta dan fitnah. Pernah tak terfikir, org yang tak banyak sales tu selalu sihat? Dia jarang sakit. Pernah tak terfikir org yg kurang sales tu ada family mentua yang sangat supportive dan menyayangi dia? Pernah tak terfikir org yg kurang sales tu tak pernah tak cukup makan? Boleh kata hari-hari ada org belanja dia makan. Pernah tak terfikir org yg kurang sales tu ada anak2 soleh dan solehah? Bijak-bijak dan rajin zuriatnya. Pernah tak terfikir? Dan yg plg penting, pernah tak terfikiryg org kurang sales tu sbnarnya solat dhuha, cuma kita je yg tak nampak? Allah. Mudahnya kita melebel orang kan?

Wahai pembaca sekalian, i've been in that situation before. Org duk cemuh kata rezeki kita sempit, sbb tak bnyak duit. Kata kita macam-macam. Tapi rumah tangga dia sendiri musnah. Hubungan adik beradik berantakan. Rumah selalu kene pecah masuk. Barang selalu kene curi. Tapi dia kata dia murah rezeki sbb dia ada banyak duit dan pangkat. Orang2 sebegini tak nampak nikmat2 Allah yang lain. Janganlah kita berkecil hati dgn orang sebegini. Mereka adalah org yang rabun hatinya. 

Orang kita sekarang hanya nampak perkataan REZEKI itu pada jumlah wang yang ada dalam bank. REZEKI itu hanya pada barangan berjenama mahal yang dibeli. Tapi REZEKI tiada pada nikmat- nikmat Allah yang lain. Nauzubillahminzalik.

Allah berfirman dalam surah Ar-Rahman " nikmat yang manakah KAU dustakan? "

Jangan sampai kita tergolong dalam golongan mereka yang mendustakan nikmat Allah. Selagi mana kita berusaha dan berdoa, nikmat dan rezeki Allah itu sentiasa ada. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment