Sunday, May 31, 2015

Istikharah: pilih jodoh

Secara tiba-tiba, banyak pula orang post artikel mengenai topik ini di wall FB. Topik ni memang hot. Dari zaman dulu sampai sekarang tak pernah kurang suhu kepanasannya. Orang juga suka tanya pada saya " chika, camna kau pilih jodoh dulu? Buat istikharah tak?"

Let me tell you a story about one chapter of my life. Chapter ke 23, bab 1. Please, jgn couple macam saya ya. Ini adalah cerita zaman jahiliah dulu. :(

Masa saya belajar dahulu, saya berkawan dengan seorang jejaka yang saya kira saya yakin ingin mendirikan rumah tangga dengan dia. Of course, siapa yang kenal saya pasti akan kata "eh, ko bukan ke jenis nak kawen cepat? Nak anak bagai?" Ya. Memang itulah harapan saya. Menunggu risikan atau cincin belah rotan dari lelaki yang betul-betul mahu membina masjid dengan saya.

Dan kami berkawan hampir 3 tahun, saya kenal family dia, dia kenal family saya. Umur semakin meningkat. Semakin ramai orang bertanya pada mak bapak akan status saya. Dah berpunya ke? Ada berkawan dengan sesiapa ke? Malah ada yang hampir nak hantar rombongan. Eh, bila dia nak kasi cincin tanda ni? Hati jadi tak keruan. Tak sampai hati nak reject pinangan orang.

Dan keadaan ini berterusan sehinggalah saya bertemu dgn jejaka bernama Hafiz. Seorang yang degil,tak kenal erti putus asa. Walaupun officemate dan berjumpa baru sekali dua, dia terus nekad ingin memperisterikan saya dan terus berjumpa dengan family. Ya,mamat tu gila. Dan bermulalah kisah istikharah ni.

Hati sudah terikat pada orang lain, tapi ada orang lain yang memenuhi kriteria yang dicari selama ni yang bersungguh mahukan anda. Tapi parents saya sungguh-sungguh tak nak jumpa Hafiz. Danggg. What should i do? Of course saya minta pertolongan Yang Maha Mengetahui. Neutralkan hati, neutralkan perasaan. Sebulan lebih saya buat istikharah. Mohon Allah tolonglah..tolonglah beri hint. Tiap-tiap malam bangun buat solat malam mohon petunjuk. Tiap-tiap malam jugalah saya menangis kebuntuan.



Saya tak dapat jawapan dalam mimpi. Saya tak dapat jawapan dalam bayangan semasa sujud. Tapi saya dapat rasalan Allah cuba dorongkan hati saya ke arah jejaka gila itu tadi. 

Secara tiba-tiba ada sahaja event yang menemukan family saya dengan Hafiz. Secara tiba-tiba juga bapa saya ( yang sangat keras hati menolak Hafiz mentah-mentah, yang tak mahu sebut pun nama itu) bertanya 

" bila nak hantar rombongan tunang?" 

allahuakbar. This wasn't planned. I was in deep shocked! Tapi ini buat saya berfikir sejenak, inilah jawapan pada istikharah saya. 

Allah mungkin beri jawapan dalam pelbagai bentuk. Mungkin dari ketenangan hati. Mungkin dari mimpi. Dan mungkin seperti cerita ini. And so i married that crazy guy and alhamdulillah, kami dikurniakan  seorang cahaya mata dan bakal menimang lagi seorang hujung tahun ini, insyaAllah.

Bersangka baiklah dengan Allah. Setelah berkahwin, baru saya tahu ada few things yang mungkin, mungkin menjadi sebab mengapa Allah jodohkan saya dengan Hafiz. Allahualam. Ya, saya tahu. Saya juga pernah merasa peritnya apabila cinta tidak kesampaian. Tapi yakinlah bahawa AJAL, JODOH itu adalah ketentuanNya. DIA lebih mengetahui keperluan dan kehendak kita, hati dan perasaan kita, masa kini dan masa depan kita. hanya Dia sahaja yang mengetahui. Sebab itu Dia aturkan perjalanan hidup kita sebegini.


Sesungguhnya, sesuatu perkara itu TIDAK akan berlaku tanpa izinNya. 


No comments:

Post a Comment