Sunday, June 28, 2015

Review: restoran Al Diafah, Kajang


Alhamdulillah, semalam dapat juga Samah's clan berbuka satu keluarga. Since my sister in law and brother in law pernah duduk di Iran dan berkerja di Madinah, so diorg memang sangat suka makan nasi arab . I've tried few middle east restaurant ( in Malaysia of course ) macam Hadramawt, but i would say Al Diafah have the best nasi arab in town!

OK, Actually Al Diafah ada dua cawangan, satu di Sri Petaling (landmark : CWA Sri Petaling ) dan lagi satu di Kajang (landmark : berdekatan dengan Laman Grill milik Chef Zubir Masterchef ). Tapi Sri Petaling punya agak kecil dan sesak sedikit berbanding di cawangan Kajang, plus agak susah untuk bawa OKU dine in kat situ ( since bapak saya pakai wheelchair). So, we decided untuk makan di Kajang.


Call aja untuk tempahan meja. Bila kita sampai, dia terus bawa kita ke meja kita :) oh ya. Setiap meja dibekalkan loceng untuk panggil waiter. So, kalau nak tambah order ke apa-apa ke, Just tekan loceng tu aja. Jangan buat macam kat mamak pulak duk panggil "anne..annee". hahaha

Masa kami sampai, kedai masih kosong lagi. so, saya belanja gambar aje lah ya.




Ruang yang sangat luas. Dan yang bestnya, kedai dia ada sofa. So, macam last time kami makan di kedai Al Diafah ni, Ammar tengah tidur. Kasi je dia baring atas sofa yang penuh dengan bantal gebuss itu.


Gambar hero kene ada. Ye dok?

Dan ni pula lauk berbuka kami. Since kami ramai, so kami ambil dua set untuk 4 pax punya. Satu BBQ Chicken dan satu lagi Mandy Chicken. Both with Al Diafah rice. perghhhh. Serious lagi sedap dari mandy rice dia. Cuma kalau ambil by plate, dia mahal sikit. Ambil sedulang besar ni, sama pulak harga dia. Haha. Untuk satu dulang ni harga dia RM 75. Tapi memang boleh makan dekat 9-10 orang.



Okay, ni pula ruang solat dia. Besar dan selesa. Pun ada sofa jugak kalau makcik-makcik duk penat naik tangga. Sebab surau dia kat tingkat 2. Telekung semua ada disediakan. Jangan risau ;)


La ni kita upload gambaq budak-budak yang duk hingaq satu restoran tu la naa. Penyeri Samah's clan :)



Big Boss dan Mem Besar.


Anak-anak Big Boss dan Mem.


Ok. tu je kot. Overall, memang puas hati makanan dia sedap. Air kosong free. Hang mintak la 5 jag pun free jugak (sebab kami mintak sampai 5-6 jug. hehe ). Servis yang mantap. But of course, bawak duit lebih sikit naa. Selamat berbuka.














1 comment:

  1. Wow, tengok gambar ayam tu macam sedap je.

    Hari tu ada makan dekat area TTD Groove Kajang, makanan disitu sedap juga.

    Jemput juga baca review Nasi Arab Kajang (dekat juga dengan Bangi) di TTDI Grove Kajang.

    Boleh baca review disini: https://foodlab.my/nasi-arab-kajang

    ReplyDelete