Tuesday, June 16, 2015

Things to consider before visiting new mummy

Lepas baca entry terbaru Namee Roslan yang ni Motherhood Contest tu, terus rasa macam nak sokong 200% sambil bawak sepanduk. Ohh seriously sangat setuju. ( tolong search dan baca ya )

My dear orang di luar sana,

Let me tell u a story about how we (golongan yang baru lepas bersalin) want you (golongan yang suka komen macam dia aja yang betul) to look at a diff perspective toward us. 

1) Perihal lepas bersalin

Lepas bersalin adalah satu masa yang sangatlah baru bagi first time mother. Masa tu baru first time dia nak kene belajar pakai pad loop, tu lah first time orang duk seluk tengok tempat sulit dia nak check jahitan, tu lah first time takut nak buang air besar sbb takut jahitan terbukak atau  sakit sbb 3rd degeee tear, etc.

Tapi semua orang sibuk nak datang. I still can remember masa Ammar dulu tiba-tiba doktor tahan sebab kuning tinggi sangat. Sebab Ammar ada G6PD. Saya tak stay kat hospital sbb mahal nak ambil satu bilik ( sbb swasta ). So, i have to constantly datang hospital every 3 hours utk beri susu. Saya nak direct feeding sbb nak bonding dgn baby. Tak nak la nanti asik nurse je beri ebm dekat baby kita kan? Tgh2 pagi pun bangun kejut husband pegi An Nur hantar susu. Penat tak payah cakap la. Bengkak susu tak yah cerita lah. Berurut pun tak sempat. 

Tapi orang tak faham. Siap kene marah sbb tak kasi dia datang tengok baby padahal dah cakap baik-baik.

2) Anak kene kuning maksudnya maknya tak jaga makan

Ni lagi satu. 

" hmm dah emaknya main tibai makan, memanglah anak kene kuning"

" tu jenis tak makan ubat la tu. Kan anak dah kene sakit G6PD"

I was like ...... (-_-). Seriously? Do u even know what is G6PD? It's a genetic thingy.   And bila red blood cell pecah, kuning dia naik laa. Ape kaitan dengan ubat atau emaknya makan sedap masa pregnant? Duhh. Please people, jangan komen tanpa ilmu boleh?

3) Beli barang masa berpantang

I have to admit, i wasn't expect Ammar utk lahir pada 11.10.2013 dulu. Dia lahir masa 36 weeks. So saya beli botol simpan susu ebm adela dalam 6 botol aja kot. Dengan harapan sempat belu lagi ni next week. Atau paling tidak pun, simpan dlm beg susu ebm tu. 

Sekali masa Ammar kene tahan wad, nurse mintak simpan susu terus dlm botol so that senang dia nak panaskan dalam warmer dan terus beri baby susu (in case baby menangis dan saya tak dtg lagi hospital utk direct feeding). So, i asked my hubby to buy some at the nearest baby shop dgn An Nur. Sadly, dia tak tahu. So, i have to follow him. Jalan slow-slow. Tiba-tiba ada orang mengadu domba kat mak saya report kata saya pergi shopping jalan-jalan makan angin masa pantang. WHAT????!! 

Saya pergi kedai yang tak sampai 1km tu pun naik kereta. Dah sampai, jalan dua langkah masuk kedai. Balik, jalan dua langkah masuk kereta. Itu ke namanya shopping? Ooo abes tu saya hantar anak saya check up di Hospital Ampang yang besar tu, jalan lebih kurang 200 langkah pergi, 200 langkah balik tu boleh pula? Kenapa tak cakap saya shopping dalam hospital aja? Haihh.

4) Brand pilihan hati kita

" apesal beli pampers brand yang ni? Mahal laaa. Beli aje la yang murah" 

" bersalin dekat swasta? Membazir je. Hospital kerajaan kan murah"

Seriously, benda terakhir yang kami mahukan ialah sesuatu yang boleh mengganggu emosi kami. Kami tak minta pun anda bayarkan bil hospital kami, kami tak minta pun duit anda utk beli pampers kami. Biarlah. Setiap orang ada sebab tersendiri. Biarlah. 

Saya pernah disoal kenapa pakai Mamipoko, kenapa tak pakai Pet Pet aja. Kenapa check up monthly di An Nur, kenapa tak di KK aja. Kenapa beli botol susu Comotomo, kenapa tak pakai botol susu biasa aja. Kenapa beli puting brand MAM yang harga rm20 satu, kenapa tak pakai puting biasa aja. Haih. 


Ini hanya sebahagian. Tapi tolonglah. Berilah masa utk ibu-ibu berehat. Dah la penat tak habis lagi, dapat tahu anak sakit. Malam-malam bayi menangis, ibu tak cukup tido. Tolonglah. Fahamilah kami.



No comments:

Post a Comment