Friday, September 25, 2015

Review: Ocean Hauz, Bangi

And so, we went there yesterday. Setelah menjadi viral di fb for few days ni, kami pun ingat nak cuba try test tengok lah. Kononnya nak celebrate bday cik Hubby.

Katanya ramai sangat org datang sampai takde seat. So, depa suruh call buat reservation. Call call call..tapi line asyik busy. Either engaged atau tak angkat. Frust jugak la. 2 hari call tapi sama jugak. Tak angkat atau line sibuk. So, on 23rd Sept tu, cik Hubby kata kita gamble aje la. Kalau ada seat, ade la. Saya jenis yg tak suka sangat gamble2 ni sebab kami dari shah alam. Esoknya cuti. Faham-faham aje lah jalan jem pukul 4.30 ptg tu macam mana kan? So, i tried to call once again and alhamdulillah. First time dia angkat. Cakap nak book utk reserved. Org kedai tu cakap "tayah reserved. Walk in shj ya". Lerrrr. Kat fb cakap lain, kat telefon cakap lain. Heh. Maka, kami pun tawakal ajalah ke sana.


Taraaa. Sampai jua akhirnya. Dulu masa duk Bangi, tak pernah singgah pun Bangi Steak House ni. Hahaha. Masa sampai pukul 5.25 ptg mcm tu. Diorg bukak pukul 5.30 ptg. Ingat just nice la timing..tapi staff dia cakap dtg balik dalam pukul 6 ptg mcm tu. Hmmm. Takpe la. Sempat la kitorg solat dulu.

So, bila dtg balik nak order, barulah perasan harga dekat menu diaaaa. Tudiaaaaa.


Yang digembar-gemburkan murah tu hanyalah lala dia sahaja, which is rm17.90/500g. Yg lain-lain harga biasa aja..kiraan ikut per 100g. So, kami ambil seketul lobster, sepaket udang,2 nasi putih dan ice lemon tea. Total?


Rm 163.85. Sebenarnya, tak de la murah mana pun. Ice lemon tea gelas kecil pun rm 3.80. Baru sedut 4-5 kali dah habis. And the taste was a bit off. Nasi putih dia pun ciput harga rm 1.50. Agak frustrated sikit la.

And now comes the food. Walaupun benda lain banyak yang perlu diperbaiki, masakan dia memang sedap. It's undeniable.



Sampai licin kuah dia tu kami makan sebab memang sedap! Udang dia terasa fresh. Lobster dia memang berbaloi dgn harga sebab memang masih terasa manis dia. Since kampung saya kat Pangkor, ( which means selalu sangat makan seafood yg fresh, so i kinda boleh detect rasa seafood tu dah lama atau masih baru) memang diakui makanan laut dia still fresh. Masa kami nak ambil order tu pun ketam baru sampai. Siap gerak-gerak lagi atas penimbang. Hahaha


This little fellow tak nak makan. So, more portion for ibu and ayah. Yeeayy!

Overall, makanan dia memang deserve 4 stars. Just kene baiki here and there. Staff agak tak berapa friendly. Masa saya nak basuh tangan tu, i overheard satu converstion antara staff dia dgn sorg cust dekat surau ni ( sbb sinki dia sebelah surau. That's why boleh dengar ). Cust tu order steak, tapi staff tu cakap steak takde. So, nak refund atau tukar menu. Yg agak menjengkelkan ialah tiada kata "sorry" atau "maaf" dari staff tu. Dan takda nada bersalah. I think it's a bit rude. Tapi tu aje la. Lain semua ok. Kedai bersih dan selesa. Luas pun luas. Ada surau and toilet semua. Ok la. Hopefully, they can improve their service in the future. :) support halal and bumiputera food! till then, sayonara!

No comments:

Post a Comment