Saturday, February 6, 2016

Of ANZworks and Astro


Woot woot! Ada orang masuk TV laaa.

Alhamdulillah. Bersyukur sangat diberi rezeki dan peluang muncul di Astro dan berkongsi dgn orang ramai tentang kepentingan CCTV dan Alarm System. Sekarang ni kita hidup di zaman perompak tak boleh dibunuh, zaman kalau tak pandai ampu orang atas kene pecat, zaman duit 2.6b hilang pun macam tak ada rasa apa-apa. Hmmm. Sebab tu kita perlukan security system sekarang. That is the least we can do to our family kan?

So, back to the story. Hari Rabu pagi tu dpt call dr orang Astro. Diorang tanya- tanya sikit, lepas tu set timing nak buat recording terus. Fuhh. So, pada 22 Januari tu jantung duk lup dup lup dup la. But alhamdulillah, everything went well :) 

" ini adalah produk kosmetik yang saya jual.."


Ammar bagus sangat time ni. Saaangat behave. Gud job! Nah, upah susu sebotol.


Honestly, walaupun benda ni kecik aja, tapi memberi makna yang besar buat kami. Syarikat yang dibina dengan duit sendiri, tanpa pinjaman, korek sana korek sini, dari tak ada staff sampai sekarang kadang- kadang projek sekali jalan 6 org technician,dari naik kereta saga hitam tu sampailah skrg mampu beli van cash. Sungguh, cabaran memang banyak.

Kepada mereka-mereka yang sering memberikan kata-kata negatif, ketahuilah andalah pemangkin kami utk terus lebih berjaya. Tq semua. Doakan kami terus sukses dunia akhirat. Aminn.

Terharu rasa bila nampak logo syarikat sendiri di kaca TV ;')

No comments:

Post a Comment