Sunday, March 6, 2016

Review: Autumz Swift breastpump

UPDATED REVIEW:

After 5 months pakai ( today is 29/8/2016), i think, bought this Autumz Swift is the biggest mistake i made in life.  I'll tell you why.

1) Motor dia tak tahan lama. Masa beli dulu, sales girl cakap, sekali pakai tak boleh more than 30 mins. Ok la. Masa tu susu banyak, pump utk both pun less than 30 mins. Tapi skrg ni, baru pakai 5-10 minutes dah mati sendiri. Macam tak cukup power. Padahal pakai direct current kot. Lampu dia pun terkelip kelip macam bateri habis dan bunyi dia mcm motor rosak. Pelik. Baru 5 bulan and tak pernah jatuh dari tempat tinggi. I guard it with my life tau.

2) Silicone diaphragm dia selalu stuck dekat Cylinder Cover masa pump ( rujuk body part pada gambar di bawah). So frustrating. Bila dia terlekat pada cover tu, pump tu stuck ( maksudnya nipple you stuck kat dlm pump body tu). So, sakit laaa. Macam you sedut, tapi tak hembus-hembus. Selalu sangat kena macam tu. Suction dia tak consistent.

3) Shape yang memerangkap bakteria. Bila dah lama-lama pakai, baru i noticed tang shape dia ni banyak blind spot.Which  means, banyak ruang tersorok. Kalau masa bersihkan tu, senang aja nak termiss bersihkan certain area. I beli besi halus tu pun tak boleh nak clean thoroughly. End up, i have to buy yang macam art punya beli bulu2 tu (alaaa..yang macam besi panjang boleh bengkok yang kadang-kadang orang guna buat bersihkan sinki tu) utk clean up that hidden part. So leceh!

I think that's all from me. I would suggest, kalau ada extra money, please buy brand lain or at least type lain, but kot this one. I guess ppl are right. Good things never come in cheap price.

******************************************************************************

Before this saya memang pakai manual breastpump sahaja. Sebab konon tak perlu pakai elektrik punya. Yelaa masa tu kan housewife. Jaga ammar sampai almost setahun. Duduk rumah aja, so banyak masa untuk pam. 

This time, umur 2 bulan dah hantar Aisya pergi rumah babysitter. And meeeemang sangat penat balik rumah nak jaga budak dua ketul ni, nak pam lagi, nak pulak aisya kuat minum susu. Pengsannn makk nak buat pakai manual. Hahaha. So, pencarian breastpump bermula.

So i went to PumpOnTheGo di Bangi. Ohh best sangat sebab dia ada variety of pumps. You boleh try suction dia dulu. Kebetulan Autumz Swift ni baru keluar and diorang ada buat promotion. Yeayyyy. After try, mmg best and ok. So i bought it at rm189 only! Weehoo!



A lil review on the pump:

1) saaangat ringan dan saaaangat kecil.
Senang nak sumbat dalam handbag motor dia. 

2) boleh pakai direct elektrik/power bank.
Memudahkan mommies yang nak pump kat mana2 tanpa perlu cari plug point.

3) dibekalkan dengan bottle adaptor.
Originally, dia guna wide neck bottle. Tapi  boleh convert kpd storage bottle yg neck biasa tu. Yeayy!

4) ada 5 level massage & 9 level suction
So, boleh pilih level yang anda suka. Mcm saya, saya suka massage level 3 and suction level 9. 

5) banyak sparepart
Yang ni mmg paling best. Hehehe

6) CUMAAAA yang tak berapa best ialah motor dia bising sikit. Kalau pakai Autumz Blossom
yang warna purple petak tu, yang tu memang diam sunyi sepi.





No comments:

Post a Comment