Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Sunday, June 28, 2015

Review: restoran Al Diafah, Kajang


Alhamdulillah, semalam dapat juga Samah's clan berbuka satu keluarga. Since my sister in law and brother in law pernah duduk di Iran dan berkerja di Madinah, so diorg memang sangat suka makan nasi arab . I've tried few middle east restaurant ( in Malaysia of course ) macam Hadramawt, but i would say Al Diafah have the best nasi arab in town!

OK, Actually Al Diafah ada dua cawangan, satu di Sri Petaling (landmark : CWA Sri Petaling ) dan lagi satu di Kajang (landmark : berdekatan dengan Laman Grill milik Chef Zubir Masterchef ). Tapi Sri Petaling punya agak kecil dan sesak sedikit berbanding di cawangan Kajang, plus agak susah untuk bawa OKU dine in kat situ ( since bapak saya pakai wheelchair). So, we decided untuk makan di Kajang.


Call aja untuk tempahan meja. Bila kita sampai, dia terus bawa kita ke meja kita :) oh ya. Setiap meja dibekalkan loceng untuk panggil waiter. So, kalau nak tambah order ke apa-apa ke, Just tekan loceng tu aja. Jangan buat macam kat mamak pulak duk panggil "anne..annee". hahaha

Masa kami sampai, kedai masih kosong lagi. so, saya belanja gambar aje lah ya.




Ruang yang sangat luas. Dan yang bestnya, kedai dia ada sofa. So, macam last time kami makan di kedai Al Diafah ni, Ammar tengah tidur. Kasi je dia baring atas sofa yang penuh dengan bantal gebuss itu.


Gambar hero kene ada. Ye dok?

Dan ni pula lauk berbuka kami. Since kami ramai, so kami ambil dua set untuk 4 pax punya. Satu BBQ Chicken dan satu lagi Mandy Chicken. Both with Al Diafah rice. perghhhh. Serious lagi sedap dari mandy rice dia. Cuma kalau ambil by plate, dia mahal sikit. Ambil sedulang besar ni, sama pulak harga dia. Haha. Untuk satu dulang ni harga dia RM 75. Tapi memang boleh makan dekat 9-10 orang.



Okay, ni pula ruang solat dia. Besar dan selesa. Pun ada sofa jugak kalau makcik-makcik duk penat naik tangga. Sebab surau dia kat tingkat 2. Telekung semua ada disediakan. Jangan risau ;)


La ni kita upload gambaq budak-budak yang duk hingaq satu restoran tu la naa. Penyeri Samah's clan :)



Big Boss dan Mem Besar.


Anak-anak Big Boss dan Mem.


Ok. tu je kot. Overall, memang puas hati makanan dia sedap. Air kosong free. Hang mintak la 5 jag pun free jugak (sebab kami mintak sampai 5-6 jug. hehe ). Servis yang mantap. But of course, bawak duit lebih sikit naa. Selamat berbuka.














Sunday, December 30, 2012

Mee Tarik Warisan Asli

Mee Tarik (2)
credits: paramkl.com.my
pernah dengar mee tarik? alaaaa. yang macam dalam cerita cina dulu-dulu tu. haaa. ni nak habaq mai ni. recently my sis in law (ewahhhh. dah sister in law kauuu ) bawak pergi restoran ni. kat sungai besi. nama dia MEE TARIK WARISAN ASLI.

first time denar dah excited sebab dari kecik meeeeeemang naaak sangat makan mee tarik ni. selalu tengok kat tv je. katanya sedap. kataaanyaaa lah kan. tapi memang wa tabik la. baru satu sudu hirup kuah sup dia dah terangkat beb!

restoran ni agak unik sebab customer kene ambil order sendiri. well, ada yang complain kata pekerja restoran tak 'mesra alam' la, kene ambik order sendiri la, ape laaa. sebenarnya, bukan waiter dia tak mesra alam, it's just that diorang tu datang dari China. diulang, China. bukan cina malaysia. memang la diorang tak paham apa kau cakap. dan sebab tu jugak, dekat menu ada kod makanan. so, nanti kita tulis la kod makanan dengan jumlah order. ok? jangan emo-emo naaa.

yang paling best, kita boleh tengok live diorang tarik-tarik mee tu. sebab kat dapur dia ada cermin. best. best. nak tengok makanan dia?



sup tu memang serius sedap! cuma sorry la. ni aja yang sempat tangkap. 


so, apa tunggu lagi? try laaaa!

Saturday, July 7, 2012

Flaming Steamboat Buffet : AWESOME!

selepas bertungkus lumus membuat recruitment di PWTC sempena pameran kerjaya tempoh hari, kami melepaskan lelah di  Flaming Steamboat Buffet yang terletak di Danau Kota. yeay! it was my first time actually. kinda easy to find the location. carik aje KL Festival City punya shopping mall. sebelah tu ade shop lots. kedai ni dekat-dekat situ la. 

so, jom kita buat review:

FOOD: dengan hanya RM 26.90, anda boleh makan sampai kenyang. it'll cost u around RM 28 if including tax. but it's worth it. food selection was variety. untuk section seafood, dia ada udang, udang galah, ikan, ketam, tiram, lala, kerang etc. then ada segala macam frozen food mcacam fish ball, meat ball, fish cake, etc..etc. then section untuk mushroom sahaja. cakap aje nak mushrom apa, semua ada.

for those who loves to eat carb, diorang ada nasi, mee, mee hun, kentang goreng, etc. for the dessert ada  lebih kurang 10 jenis perasa ice cream, sticks, marshmallow with hot chocolate, plus they have ABC and cendol some more. as for the sauce, macam -macam jenis sos ada dekat situ. cakap aje apa nak.

HYGIENE: kedai bersih, selesa, ada bantal-bantal lagi dekat seat, tak besar sangat but cozy enough.

FACILITIES: ada 2 toilet. ada surau, tapi surau tu satu je. so it means laki dengan perempuan kene share. but ada surau pun dah good enough for me.

SERVICE: service pun ok. layanan baik. tip top!







overall, i boleh kasi 4/5 bintang. and highly recommended! :)

Sunday, March 25, 2012

burger bakar KAW KAW!

have u heard of Burger Bakar Kaw Kaw? sedap wa cakap sama luuu. :D 

sebenarnya tak pernah perasan pun kewujudan burger ni dulu. ade satu cawangan dia dekat Dagang Avenue dekat Ampang. 2 minit dari ofis. cuma haritu someone ajak makan dekat situ. at first tengok macam " okay thanx. besar gila kot daging dia " tapi bila makan, not bad jugak la! 


overall, saya kasi 4/5 rating! yeay! *clapsss*

siapa tak pernah makan, boleh ke Wangsa Maju atau di Ampang. for more info, boleh klik link kat atas tu eh :)
have it a try. u won't regret it. 



ps: siapa ada dress? nak pinjam. tade baju nak pakai pegi dinner. sobsss :(


Saturday, March 3, 2012

Naan Cheese Terbaik

hallu! good morning everyone! :) how's your weekend? moga ceria-ceria selalu ye.

okeh. just a quick update. siapa suka makan naan cheese? angkat tangan! yeay! kita geng. well, before this saya sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat makan naan cheese dekat Restoran Fariz Maju dekat Bangi. Sebelah dengan Ameer Ali. Lepas tu, since kerja dekat Ampang, ade satu gerai kecik je, tapi naan cheese dia SUPER DUPER SEDAP! serious. cheese dia banyak. plus, makan dengan semangkuk sardin. memang terbaik!

taraaaaaaaaaaaaa. ni dia. 

location: depan Ampang Point, sebelah dengan kedai perabot Empire
service: 4/5
kesedapan: 4.5/5
stall cleanliness: 4/5  


siapa penggemar makanan Naankeema, i'm sure u'll love this. selamat mencuba :)

Thursday, October 6, 2011

Dapoer Bandoeng mari!

pernah dengar kedai makan nama DAPOER BANDOENG? tape. saya pun baru first time dengar sejak keja kat Kelana Jaya ni. tak salah dia ada cawangan kat tempat lain jugak. 


ok, so, here's the review:

servis: 5/5 stars
makanan: 5/5 stars
air: 4/5 stars
harga: 4/5 stars
toilet: 4/5 stars
keselesaan: 4/5 stars

gendang gendut tali kecapi, 
kenyang perut senang hati.

ni adalah Nasi Ayam Penyet. 


ni adalah Nasi Goreng Spesial


ni...err..apetah nama ni. Amier yang makan.


sorry la. gambar snap mana sempat aje. gambar lain tak sempat snap lagi semua dah bedal. haha :D


another highly recommended restaurant.

Monday, August 8, 2011

cendawan goreng. mmmm mmmmmmmmm~

saya tak tahu kenapa, tapi saya memang tak suka makan cendawan goreng yang dijual di pasar malam. seinggat saya, sekali je seumur hidup ni pernah beli.


well, u know. kalau oraang jual selalu nak untung. cendawan tu selalunye goreng mcm tu saje. dah la kering, halus. runcing. tak de isi cendawan langsung. and the worst part is MAHAL! berniaga biarlah jujur der. namo amek untung lebih-lebih. namonamo.


see. kalau masak sendiri leh rasa setiap crunchy-ness dia and feel the SPICEEEEEEE..uuu. berasap you.. haha.






nak resepi ke? tayah la kot. macam semua orang pun tau masak cendawan goreng kan? ok. selamat menyediakan juadah berbuka.


Saturday, June 11, 2011

dah tak mengidam dah :)


pernah dengar murtabak singapore?

sedapppppppp. kalau nak yg fresh, cariklah di Johor. lebih spesifik, di Tanjung Agas, Muar. sebelah Petronas Tg. Agas, ada satu kedai murtabak Singapore yang super sedap. cubalah try. kat KL ada, tapi 97% TAK sesedap macam yang kita jumpa di Muar.

bagi siapa yang tak pernah makan, murtabak singapore, murtabak ni jauh lebih besar dan tebal. isinya lebih padat, dan dimakan dengan sos murtabak yang berwarna merah jambu. selalunya sekeping tu dalam RM 8.00. mahal? tak laaaaaa. sekeping tu boleh share 2-3 orang. komfem puas.


and i'm looking foward to go to Johor to eat some more :)

Tuesday, February 22, 2011

dah cuba Waffle World?

orait. kisah gajah nanti-nantilah cerita. sekarang nak cerita pasal kedai makan yang sedap dan mengenyangkan. pernah dengar Waffle World? ada satu dekat One Utama, Damansara.

haritu first time try. kalau anda jenis yang memang makan heavy food untuk lunch, Waffle World memang sesuai la. waffle dia memang besar dan sangat mengenyangkan. toppings dia juga banyak dan boleh dikategorikan tak kedekut laaa. kacang pecan dia..mak aih. memang banyak. bawah ni antara gambar yang sempat makan.


ini adalah Tropical Pizza Waffle. bawah cheese tu ada sos tomato yang masam-masam sikit, so, tade la muak sangat. ade pelawan dia. then, inti dia ada sausage semua.

ini adalah ..errr...oh! dah ingat! Banana Walnut Belgian Waffle. heh. panjang bebenor nama. pisang dan cherry dia memang fresh. ice cream atas tu nampak aja sikit, tapi memang sangat cukup untuk setiap kotak wafle yang dimakan.


dan percaya tak setiap satu ni tak sampai Rm 10 pun..kalau makan fast food pun dah dekat bebelas ringgit jugak kan? nak pulak kalau ambil set. so, personally i think it's quite worth eating there. cuba lah :)


Saturday, February 5, 2011

mee bandung muar is still the best

satu fakta yang anda perlu tahu dan wajib tahu jika anda adalah warga Malaysia:
mee bandung paling sedap ialah di Muar, betul-betul depan sekolah Sains Muar.


sebab tu nama dia mee bandung muar. muahaha. oh. setelah hampir 5 tahun, akhirnya dapat makan balik! yeay!

otak-otak. pergh! terbaik.

peminat mee bandung, plis jangan tengok gambar ni kalau tengah puasa.

story pasal kampung and wedding aida nanti-nanti lah ye. tak larat. sekarang sangat busy. tak sempat nak blogwalking pun. kawan-kawan, sorry ye. doakan saya boleh jawab exam minggu depan..huhu..

ps: Aida dah lepas. turn sapa pulak lepas ni ye? hehe :)

Monday, January 17, 2011

at last. fuh!


setelah sekian lama mengidam mengalahkan orang mengandung, setelah beberapa kali terkecewa sebab tak jadi makan dekat maple, setelah hampir setengah tahun tak makan, akhirnya hari ini dapat makan naankeema!
YEAY ME! ;)

naankeema terbaik. restoran Fariz Maju, Bangi.


ps: tq boja sebab haritu belikan, walaupun salah kedai. hehe :)

Sunday, January 9, 2011

of baby and ice cream!



arif ziqri, 08.01.11, 2nd day. muke merah. malam tadi kene gigit nyamuk. kawasan keramat memang setiap tahun kene black list denggi. moga-moga arif sihat-sihat aje. oh, hidung arif mancung! yeay! generasi hidung mancung dah kembali! :) ganas sikit. asik terbukak je bedung dia. tapi saya masih belum berani dukung si arif ini. takot. huuu :( nnti acu balik, kite jumpe lagi ye arif!

sweets and choc on ice cream. mari kira berapa banyak kandungan gula yang masuk dalam badan. haih. tapi pasti nak makan lagi! see ya on 31st BR! :D