Friday, July 15, 2022

Kari Udang Sedap dan Mudah!

 


 Kari udang (15 ekor)


Bahan:

  • Daun kari 2 tangkai
  • Bawang putih 3 ulas (hiris halus)
  • Bawang besar 1 ulas ( hiris halus)
  • Cili boh 1 sudu besar
  • 1 paket kari O ikan (pakai dalam 3/4 aja, ikut banyaknya lauk. Kalau udang lebih, gunakan 1 paket, santan 1 kotak 200gm)
  • 3 sekawan
  • Asam jawa xtra 1/2 sudu kecil
  • Gula 2 sudu besar
  • Secukup rasa 1 1/2 sudu kecil
  • Santan I00 gm @ 1/2 kotak


Cara:


  1. Tumis 3 sekawan, diikuti dengan bawang putih & bawang besar. Tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan cili boh. Tumis sekejap. Masukkan daun kari beserta tangkai. Masukkan serbuk kari . Gaul2. Masukkan sikit air, sikit demi sikit. Masak sehingga pecah minyak. 
  3. Masukkan udang. Gaul2 sebati. Agak dah half cook, masukkan santan. Kacau2.
  4. Masukkan asam jawa, secukup rasa.
  5. Rasa dulu, then tambah gula atau adjust rasa.
  6. Siap

Monday, July 26, 2021

Resepi: Sup Ketam ala Chinese Style



Kadang orang panggil sup cendawan enoki bersama ketam. Kadang orang panggil sup ketam bersama enoki . Kadang orang panggil sup telur ala chinese. Ikut suka la nak mana, janji rasa dia sama ☺️


Bahan-bahan:

  • 1/2 bungkus cendawan enoki
  • 6 fillet isi ketam ( koyak-koyak halus)
  • 2 1/2 sudu tepung jagung (bancuh dengan air sedikit)
  • 1 biji telur (pukul dalam mangkuk)
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 ulas bawang putih (racik halus)
  • 2 slice halia dalam 1 cm
Cara-cara:

  1. Panaskan periuk. Tumis seketika bawang putih bersama halia. Dalam 10 saat gitu.
  2. Tuangkan air agak-agak 3/4 periuk. Masukkan kiub pati ayam. Biar kacau sebati.
  3. Bila hampir mendidih, masukkan cendawan enoki bersama fillet ketam. Biarkan seketika.
  4. Masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh. Dalam masa few second, kuah akan memekat. Terus masukkan telur. Matikan api. Kacau rata.
  5. Jika perlu, perasakan dengan sedikit secukup rasa
  6. Siap!

Resepi: Ayam Masak Mentega Madu (Honey Butter Chicken)




 Bahan-bahan:


  • Ayam drumstik kecil dalam 6 ketul
  • Sos tiram (2 sudu)
  • Kicap ABC Manis ( 2 sudu)
  • 1/2 ulas bawang Holand 
  • 2 tangkai cili padi
  • 1-2 tangkai daun kari
  • Madu
  • Gula
  • Lada hitam 
  • Butter 2 sudu


Cara-Cara:

  1. Lumurkan ayam dengan lada hitam (ajishio), sos tiram dan kicap ABC. Perap selekap. Goreng. Put aside.
  2. Bila dah siap goreng semua, drizzle madu secukup rasa (agak-agak).
  3. Masukkan butter, bawang, cili padi. Masak sehingga bawang holad start nak brownish. Tanur sedikit gula (agak-agak dalm 1/2 ke 1 sudu besar) 
  4. Bila bawang dah agak layu, tutup api. Gaulkan kembali dengan ayam madu tadi. Siap!

Ras dia pedas-pedas manis. Sedap sangat ☺️


Thursday, July 22, 2021

Resepi: Sambal Ikan Bilis Paling Sedap!


( ni aja gambar yg sempat snap. Tau-tau licin😅)

Bahan-bahan:
  • 1 genggam ikan bilis (saya gunkan ikan bilis pangkor. Jemur dahulu sebelum guna)
  • 1/2 ulas bawang besar *
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 sudu besar udang kering*
  • 1/2 sudu kecil asam jawa
  • 3 sudu besar gula (boleh kurangkan jika suka pedas - 3 sudu ni just nice kalau anak-anak nak makan)
  • 1 1/2 sudu besar cili giling
  • Beberapa slice bawang holand / bawang besar (optional)
Cara-cara:

1) Goreng ikan bilis hingga garing. Asingkan.
2) Tumbuk bahan bertanda * sehingga lumat.
3) Masukkan cili giling. Tumis hingga terbit minyak. Masukkan sikit air. Tumis lagi hingga sedikit pecah minyak.
4) Masukkan asam jawa. Gaul rata. Masukkan gula.
5) Masukkan slice bawang. Masak sehingga pekat dan puas hati dengan rasa.
6) siap!

Tuesday, July 13, 2021

Resepi: Creamy Garlic Sauce with Chicken Fillet




Bahan-bahan:

2 keping chicken fillet/chicken breast

3 ulas bawang putih (racik halus)

2 ulas bawang putih (crush aja dengan pisau)

1/2 ulas bawang holand (racik halus)

1/2 cawan susu segar

1/2 cawan air kosong

1/2 kiub pati ayam

1/2 biji lime.

Butter dalam 2 sudu besar

Black papper (for seasoning)

Cheese 1/2- 1 slice (ikut suka)

1 sudu mixed herbs


Cara-cara:

1) Ketul isi ayam sampai agak flat yang sekata. Perap dengan black papper (ajishio). Letak tepi.

2) Panaskan kuali. Letak satu sudu minyak masak. Letakkan butter 1sudu besar. Masukkan bawang putih 2 ketul yang dah crushed tadi. Masukkan isi ayam. Masak. Dah masak , put aside. Bawa keluar sekali bawang putih tadi.

3) Masukkan butter 1 sudu. Masukkan bawang holand tadi. Saute dalam 5 mins. Then masukkan bawang putih yg diracik tadi dalam 15 secs. Masukkan air. Kemudian, masukkan kiub pati ayam. Kacau sebati. Masukkan sikit lime.

4) Masak until well combined, masukkan mixed herbs. Masak sehingga bawang lembut. Kemudian masukkan susu. Masak sehingga rasa-rasa dah pekat. Masukkan cheese sikit (jika suka). 

5) Bila dah siap, masukkan semula ayam tadi. Siap!


Serious sedap. Have a try!