Thursday, January 13, 2011

saya pelajar UKM!


oh! jumpa link ni dekat blog Wanje. belek-belek, macam best aja. buat lah entry sebijik. hee :) oh. kalau anda nak jugak, sila tengok-tengok Blog Pilihan Malaysia.

maka, sebagai pelajar tahun akhir, yang berada di semester akhir, yang tak sedo- sedo diri lagi nak kene hantar tesis dalam masa 2 bulan, dengan ini akan cerita kenapa UKM ni best! best ke?

saya adalah pelajar jurusan Sains Biologi, major genetik. I.Allah, bulan 4 ni dah habis belajar. woooohooooo! lepas ni orang tanya belajar kat mana, boleh la jawab " ohhh..saya dah habis belajar". tapi terasa tua la pulak. heh.

ada satu aja sebab yang saya boleh kata UKM ni best. sebabnya ialah MEMORI. sejak tahun 1, saya dah aktif dengan program kolej. dari teater, poem reciting, naik gunung, turun gunung, intercultural homestay sampailah kena jadi emcee cakap Thailand. heh. pengalaman banyak sangat. kalau rajen, bacalah link kat bawah tu ye. tu compilation sebahagian aktivi-aktiviti.



masa tengah mekapkan penari-penari


adeke patut tengah-tengah lab, boleh main lompat-lompat?

'dalam diari seorang pelajar U, walau dapat 4 flat, tapi kalau tak join apa-apa aktiviti langsung, tak rasa nikmat U LIFE'

percaya lah :)

Wednesday, January 12, 2011

ini semua COBAAN~


semalam bukanlah hari yang baik untuk diri saya. ye. katalah saya manja pun. tapi kalau anda di tempat saya, anda pun akan rasa begitu. bayangkan anda adalah Ana Rafali. banyangkan je tau. bukan betul2. anda nak masuk AJL 25 haritu. anda dah siap beli baju 'bonggah-bonggah' semua, siap ambil kelas vokal, sampai hari pendaftaran, pihak pengurusan kata tak jadi sebab Yuna sakit tekak hari tu. so, tunda bulan depan. bila tiba bulan depan, lepas anda dah siap-siap semua, hari pendaftaran, cancel lagi. kecewa tak? kecewa kan? ditambah pula cikgu menari anda kata anda menari tak cantik, lirik anda berterabur, bla..bla..ditambah pula dengan masalah keluarga pulak. hmmm..

ni lah namanya dugaan. kalau tak ada dugaan, kadang-kadang kita lupa diri. asyik seronok aja. jadi, kepada diri saya dan juga rakan-rakan yang tengah stress buat tesis, stress lab work tak dapat result yang baik, stress duit JPA tak masuk lagi, stress orang ofis suka ambil selipar jamban..ingatlah bahawa ni semua ujian dan dugaan dari-Nya. maka, mari bertabah! yosh! :)

well, saya tak tahu kempen ni start dari siapa, tapi benda yang baik, kite hebah-hebahkan la kan? kalau anda seorang muslimah yang menyayangi saudara seIslam anda yang lain, sebar-sebarkanlah kempen ini ya :)

*peringatan untuk diri sendiri juga*

Tuesday, January 11, 2011

I-City kedua di Kuala Lumpur!


betul. tak tipu. hari itu saya pun terkejut tengok tempat ni sebijik macam I-City. err...ok la..ICity lagi best. jadi, ni kira mini I-city la eh. :)

sebenarnya, tempat ni dekat Jusco AU2. sebelum ni Jusco Au2 ni memang tempat yang terkenal untuk budak-budak kecik main fountain kecik selain budak-budak remaja duk 'merendek' dekat situ. bahagian 'merendek' tu saya je pandai-pandai tambah. oh, 'merendek' tu date ye. orang johor memang cakap macam tu. hee :D ok, lepas dah ade lampu-lampu ni, maka semakin ramai la orang yang datang 'merendek'. haih.



alamak. gambar tak cantik lagi :( asik tak bawak camera aje.


hurm, ni ape ye? rusa eh?


ooo~ ini pakcik tau ini. ini gajah!


tinggi semacam aje. zirafah kot.


say cheese! =)


ps: oh. nama baby sebenarnya Ariff Ziqry rupanya. haih. silap eja.

Monday, January 10, 2011

MEFeK datang lagi!


well, tahun ni saya dah malas nak ambil port. langsung. saje nak tengok junior buat kerje macam mana. tahun lepas cakap kencang. we'll see tahun ni macam mana. dengar kata dapat banyak sponsor. hmm.

memandangakan rasa kecintaan terhadap Kajai dan MEFeK yang mendalam, so, i'll make an entry pasal MEFeK ni juga. cheewah. kecintaan tuh.



jadi, secara umumnya, MEFeK akan bermula pada 20-23 Jan, bertempat di Dataran Panggung Seni. acara tetap seperti Teater, Battle of The Band, Suara Sensasi dan gerai-gerai tetap ada. kesimpulannnya----> marilah simpan duit agar boleh beli cucuk-cucuk masa MEFeK nanti! yeay!

:)

Sunday, January 9, 2011

of baby and ice cream!



arif ziqri, 08.01.11, 2nd day. muke merah. malam tadi kene gigit nyamuk. kawasan keramat memang setiap tahun kene black list denggi. moga-moga arif sihat-sihat aje. oh, hidung arif mancung! yeay! generasi hidung mancung dah kembali! :) ganas sikit. asik terbukak je bedung dia. tapi saya masih belum berani dukung si arif ini. takot. huuu :( nnti acu balik, kite jumpe lagi ye arif!

sweets and choc on ice cream. mari kira berapa banyak kandungan gula yang masuk dalam badan. haih. tapi pasti nak makan lagi! see ya on 31st BR! :D