Sunday, January 16, 2011

rawatan fish spa disyaki berbahaya


berita ini saya terima beberapa hari lepas. sebab takut gosip panas aja, maka saya pun pergi lah siasat. dan ternyata berita ini sahih. berikut adalah berita yang diambil dari official website UEA berkenaan fish spa.

kalau nak baca full news, sila klik di link ini.

secara ringkasnya, Kementerian Kesihatan UAE telah memberi amaran terhadap pengganaan ikan gigit-gigit kaki ni. Dr Amin Al Amiri kata, bila ikan tu gigit-gigit kaki kita, jangkitan boleh tersebar melalui kulit mati secara resapan. jadi, bagi pesakit kulit, amat mudah untuk jangkitan ini tersebar.

perkara yang sama juga perlu diberi perhatian pada penggunaan ikan di kosmetik. ikan-ikan tu disyaki membawa virus hepatitis dan AIDS. tambahan pula, tak ada kajian secara saintifik yang membuktikan penggunaan ikan sebagai rawatan alternatif membawa kesan +ve.


*ihsan Google*

maka, kepada sesiapa yang memang super duper gemar buat fish spa, yang kalau tak buat seminggu rasa macam kucing hilang anak, HATI-HATI lah ye. :)

Saturday, January 15, 2011

jumpa lagi ayahnda kajai :)


walaupun dah hampir satu tahun kami tinggalkan tugas JAKSA, namun ikatan antara kami masih rapat. ikatan dengan orang ofis. ikatan dengan pengetua.

maka, sempena kenaikan pangkat Dr Tajul dan sebangai mengenang ini adalah semester terakhir kami di bumi Kajai, Tahun terakhir di bumi UKM, let's partyyyyyyyyyy! haha. tade. tade. makan je. :)

wishing u all the best Dr :)


tatau asal sudin hepi sangat tu..haha


such a sweet smile from pui yan ;)

budak-budak keriangan setelah sekian lama tidak berjumpa..


last but not least, yang diraikan, Dr Tajul. :)


sayonara. till we meet again. I

Friday, January 14, 2011

gerek seyh!


semalam buka FB. tiba-tiba ternampak junior-junior tukar profile pic. eh. ada logo SAMURA la. maka, diri ini yang sangat teruja kerana excited state telah mencapai level 4 per 5 juga menukar profile picture. heh.

cool! gerek ah!

Thursday, January 13, 2011

saya pelajar UKM!


oh! jumpa link ni dekat blog Wanje. belek-belek, macam best aja. buat lah entry sebijik. hee :) oh. kalau anda nak jugak, sila tengok-tengok Blog Pilihan Malaysia.

maka, sebagai pelajar tahun akhir, yang berada di semester akhir, yang tak sedo- sedo diri lagi nak kene hantar tesis dalam masa 2 bulan, dengan ini akan cerita kenapa UKM ni best! best ke?

saya adalah pelajar jurusan Sains Biologi, major genetik. I.Allah, bulan 4 ni dah habis belajar. woooohooooo! lepas ni orang tanya belajar kat mana, boleh la jawab " ohhh..saya dah habis belajar". tapi terasa tua la pulak. heh.

ada satu aja sebab yang saya boleh kata UKM ni best. sebabnya ialah MEMORI. sejak tahun 1, saya dah aktif dengan program kolej. dari teater, poem reciting, naik gunung, turun gunung, intercultural homestay sampailah kena jadi emcee cakap Thailand. heh. pengalaman banyak sangat. kalau rajen, bacalah link kat bawah tu ye. tu compilation sebahagian aktivi-aktiviti.



masa tengah mekapkan penari-penari


adeke patut tengah-tengah lab, boleh main lompat-lompat?

'dalam diari seorang pelajar U, walau dapat 4 flat, tapi kalau tak join apa-apa aktiviti langsung, tak rasa nikmat U LIFE'

percaya lah :)

Wednesday, January 12, 2011

ini semua COBAAN~


semalam bukanlah hari yang baik untuk diri saya. ye. katalah saya manja pun. tapi kalau anda di tempat saya, anda pun akan rasa begitu. bayangkan anda adalah Ana Rafali. banyangkan je tau. bukan betul2. anda nak masuk AJL 25 haritu. anda dah siap beli baju 'bonggah-bonggah' semua, siap ambil kelas vokal, sampai hari pendaftaran, pihak pengurusan kata tak jadi sebab Yuna sakit tekak hari tu. so, tunda bulan depan. bila tiba bulan depan, lepas anda dah siap-siap semua, hari pendaftaran, cancel lagi. kecewa tak? kecewa kan? ditambah pula cikgu menari anda kata anda menari tak cantik, lirik anda berterabur, bla..bla..ditambah pula dengan masalah keluarga pulak. hmmm..

ni lah namanya dugaan. kalau tak ada dugaan, kadang-kadang kita lupa diri. asyik seronok aja. jadi, kepada diri saya dan juga rakan-rakan yang tengah stress buat tesis, stress lab work tak dapat result yang baik, stress duit JPA tak masuk lagi, stress orang ofis suka ambil selipar jamban..ingatlah bahawa ni semua ujian dan dugaan dari-Nya. maka, mari bertabah! yosh! :)

well, saya tak tahu kempen ni start dari siapa, tapi benda yang baik, kite hebah-hebahkan la kan? kalau anda seorang muslimah yang menyayangi saudara seIslam anda yang lain, sebar-sebarkanlah kempen ini ya :)

*peringatan untuk diri sendiri juga*