Friday, March 18, 2011

3rd Putrajaya Hot Air Balloon Fiesta 2011

pagi ni, terjaga sebab alarm, terus bangun, mandi. semangat. semangat. amek fateen kat kolej Amin, terus pecut ke Putrajaya. ngehngehngeh :D

sampai sana, tade la ramai yang amat sangat. biase je. dalam pukul 8 lebih tu belon Doraemon dengan Darth Vader duk lambai-lambai dah. lepas tu tengok kiri kanan penuh gerai. warna warni. dan amatlah ramai ye manusia memegang DSLR. huwaa. jeles :(

so, overall, memang best. belon udara banyak. kalau datang pukul 8 pun, tak ramai sangat orang beratur. ade Aerochute. ada wall climbing. ada yang macam Go-Cart tu. ade scooter kaki dua. ade beskal tayar sisi. ade paint ball. ada tolak-tolak kawan dalam bola. ada golek-golek dalam bola atas air. eh..banyak laaa. paling best ialah kat mana-mana sahaja ada crew air Mountain Dew. kasi free dengan chip Lays. pergh. bende free, memang la sedap! then, gerai makan pun banyak. jangan risau. kalau takut tangan kotor, jangan risau. banyak sangat sinki sebab Protex pun ada kat situ. dapat sabun free pulak tu. the rest, tengok gambar ajelah ye.


ni booth tulisan khat. cantiiiiiik sangat kan? Rm 2.00 je.

tora aman. hehe. corak belon tak cantik sangat. amek sikit je gambar.

ni kalau tak sempat naik, boleh la masuk sini, kunun-kunun naik. Rm 7.00 untuk sekeping gambar polariod. shake..shake it. shake it like a polaroid picture!

one love :) budak-budak kecik lukis. comey. comey.

ni namanya aerochute. memang rugi la kalau datang sini tak naik. tapi mahal :( tade duit. TAPI KANNNNN, dah balik Putrajaya baru saya tau pasal kupon ni. klik kat link ini untuk dapatkan 50% off untuk naik aerochute! cepat! 5 hari aje!

sebahagian games yang ada dekat sana. menarik!

suke scenery ni. macam best ada ramai budak-budak jual belon warna warni :)

last but not least, ini fateen bersama payung barunya.
peneman setia saya :)


ps: gambar-gambar cantik yang lain nanti ye.

Thursday, March 17, 2011

be strong, my friends :)

hidup.

walaupun kita berjalan pada bumi ini hanya untuk sementara,

walaupun kita tahu penghujungnya di di akhirat sana,

tapi kita sering mengalah.

mengalah dengan keadaan,

mengalah dengan emosi.

syaitan.

ya. syaitan.

dialah yang buat angkara.

menghasut hati manusia.

membisikkan kata bisa.

buat muka. hati terasa. wajah mencuka.

dituding jari ke orang lain.

kesalahan bukan di bahu sendiri.

aduh.

sedarlah wahai diri.

adakah kita maksum? sudah tentu bukan.

adakah dia maksum? sudah tentu bukan.

peribahasa melayu mengatakan ’ lihat cermin dahulu’

kita semua serupa.kita semua saudara.

habis, mengapa dipecah belahkan ukhwah?

habis, mengapa diungkit kisah lama?

habis, mengapa hati ini lekas benar luka?

syaitan punya angkara. syaitan punya angkara.

hasutannya merasuk ke dalam jiwa,lalu hati menurut sahaja.

tunduk dan patuh pada arahan si durjana.

kenapa?

hati ini kotor. hati ini gelap. hati ini keras.

tiada cahaya. tiada sinar.

kembalilah kepadaNya.

itu sahaja jalannya.


treasure your friends :)


ps: nothing personal. lepas baca buku, tetibe terfikir nak buat bende ni. to shuk, maaf sekali lagi kalau saye merosakkan kesenian sajak itu. saye tak reti buat sajak. hehe :D

Thursday, March 10, 2011

si botak cin


just quick update on my lil nephew. yang mana? yang si cemetot tu la. ayep. kepala dia sekarang dah botak. botak cin aka botak licin. :D

selamat bertambah tembam ayep!

Tuesday, March 8, 2011

lelong hamster


are u a hamster lover? then, i have a good news for you! =D

okay. sebenarnya saya nak tolong kawan saya jual hamster dia. cumey-cumey. oh. details adalah seperti berikut:

ada dalam 7 ekor hamster untuk dijual
semua hamster ni jenis Winter White
..mai pilih mai pilih..

1) mak dia --> kaler putih snowy


2) bapak dia --> kaler coklat gold


3) dan 4 ekor anak kaler putih 1 ekor kaler kelabu
*taukeh tu tak provide gambar pulak*


combo set:

mak+bapak+5 ekor anak+ball main-main+food
harga serendah Rm 80.
*boleh nego*

ape? ingat KFC je ade combo set ke?



oh! ada jugak untuk peminat guinea pig!
tara!
sangkar dan stick untuk main2--> RM 70. ni dah kira cincai dah ni. harga asal RM 150.


so, kalau nak, contact no ini ye 012-7754413 (ana) atau boleh tanye ape-ape melalui fesbuk.

Friday, March 4, 2011

majlis makan malam yang terakhir

ROCKSTAR VS MASQUERADE


tamat sudah Malam Rapsodi Kajai. oh. jangan tanya rapsodi tu apa. haha. lupa nak carik dalam kamus dewan bahasa.

overall, oookay laaa.
deco--> hurm..rasanya mungkin lagi cantik kalau ikut plan asal, which is gune backdrop yang ahli deco dah buat, daripada letakkan banner kat atas pentas.
makanan-->erm..kasi 2.5 per 5 je kot. buah masam. obvious sangat dah lama. ayam keras. daging liat. tapi tu salah caterer. huu. kita yang jadi mangsa kan? tak berbaloi kalau kene tambah bayar lagi 5 hengget tu.
gimmick-->dress yang pakai topeng tu cantek. gaun kembang you.
persembahan-->kami tertanya-tanya, apa kaitan tarian salsa tu kaitan dia dengan tema kita? masquerade eh? BEAT BOX tu memang superb. terbaik dari ladang!


ini bukan komen saja-saja, ini komen supaya amek iktibar. mana yang kurang, tahun depan buat lagi mantap. sama-sama jaga nama kolej. apepun, tahniah kepada ahli medik yang tabah mengharungi pelbagai kontroversi. rasanya tahun ni adalah tahun yang paling banyak kontroversi yang tercetus. so, gud luck all. wish u all the best to all juniors. and u guys did a very good job :)

to all the seniors, do keep in touch. yang penting, kawen nak kad!



ps: masih sedih sebab tak dapat bergambar dengan awek tompok T__T