Tuesday, April 12, 2011

template asik bermasalah je. menci.


tuka template kejap. template lama ada masalah.

tesis dah boleh jilid. but still, tak dapat puaskan hati semua orang. sedih. :(

exam ada lagi 2 subjek. harap dapat jawab dengan baik.

nak balik. nak jumpe eva. nak jumpa danial. lama sangat tak jumpa.

ni kali terakhir jumpa Eva

Wednesday, April 6, 2011

how to perform well in your VIVA

viva finished oredy. how was it? don't ask. but there's one thing i can share with all of u.


the tips for viva : how to perform well

1. control your nervous.

semua orang akan rasa berdebar. biasa lah tu kan? cuma, try to make it less obvious. how? bagi yang muslim, amalkan bacaan selawat, doa permudahkan urusan, zikir banyak-banyak. bagi yang non-muslim, amalkan benda yang sama, cuma mungkin dengan gaya yang sedikit berbeza. ingat, hanya Dia tempat kita mohon pertolongan.

then, kawal pernafasan. tarik nafas dalam2, hembus. ulang beberapa kali. kalau rasa tak hilang jugak, cuba berlatih skrip di hadapan cermin supaya boleh lihat gaya kita. dengar suara betul-betul. cuba kawal supaya tidak bergetar. kalau bergetar, nanti pemeriksa tahu kita sedang gugup, dan mereka akan lebih ska tanya soalan yang pelik-pelik.


2. be confident

alamak! baru perasan salah taip. fakta salah. terlupa definisi istilah tertentu. hmmm. jangan risau. selagi kita cakap dengan yakin, muka pun tenang, pemeriksa tak akan tahu pun kesalahan kita. ---> bercakap dr pengalaman :D.

lagi satu, pemakaian! tu penting tau. pakai kemas. ni kalau tesis macam hape je, present pun duk tergagap- gagap. duk uuu aaa uuu aaa. dengan baju tak bergosok, lagi la sakit mata pemeriksa. first impression tu penting ye.


3. creative dalam menggoreng dan menghentam jawapan

hehe. ini adalah satu skill yang anda perlu develop untuk hidup. skill kelentong dengan nada konfident. sebenarnya, kadang-kadang pemeriksa tu tak tahu pun jawapan sebenar. dia saja je nak test camne cara kita jawab. so, goreng aje la. muke kene konfident. jangan "aaaa" tu banyak sangat. pastu senyum. konon-konon "yes! aku dapat jawab soalan kau" hehe. tp kelentong pun biala logik.


4. baca banyak bahan rujukan

tips yang ni, memang kene usaha la kan? takkan bangun-bangun tido, dah penuh ilmu di otak kan? anda masih perlukan pembacaan yang banyak untuk jawab sebarang kemungkinan yang bakal ditanya.


5. buat study group

study group ni untuk bangkitkan isu-isu yang mungkin ditanya. atau mungkin kita boleh berlatih present depan kawan-kawan kita dan minta mereka tanya soalan. atau pun, gunakan group ini untuk bincangkan segala apa yang tak berapa faham tentang istilah atau proses.


6. sleep well, eat well

last but not least, kesihatan kene jaga ye. pastikan malam sebelum present viva, anda mendapat tidor yang cukup, jangan makan makanan yang terlalu masam/pedas kerana anda mungkin akan sakit perut. minum banyak air.


rasanya, cukuplah kot. kalau anda buat semua di atas, dengan izinNYA, anda boleh jawab dengan baik. selebihnya, serahkan kepada yang Maha Esa. good luck and all the best :)


ingat lagi masa presentation ni nak kata "give a big CLAP", tapi tersalah sebut "give a big HUG". masa tu jugak boys semua bangun sebab nak HUG. hahahaha ;D


Sunday, April 3, 2011

fenomena Akademi Fantasia musim ke-9

semua orang sibuk buat post pasal ABPBH semalam. tape la. saya buat pasal AF. bukan nak cerita pasal performance, cuma nak cerita pasal tempat.

semua tahu kan Akademi Fantasia musim ke-9 ni dibuat di AEON AU2? ha'ah. kat kawasan umah saya tu. selama ni aman, aje Jusco tu. kete chill aje bawak. tapiiiiiiiiiii lepas AF ni buat dekat sini. mak aih. tetibe dibanjiri manusia. yang lawaknye, semua bende ade logo AF. dan baaaaaaaaaaanyak sangat guard dekat Jusco tu.haha.

tetibe semua orang nak bergambar dengan mesin bayar tiket ni sebab ada logo AF. hahaha ;D

kalau sesape tak tahu, konsert Akademi Fantasia ni dibuat di parking lot kat luar tu. i think, tak brapa strategik sebenarnya sebab kawasan tu kecik. then, Aeon AU2 tu pun kecik. mana muat nak tampung ramai-ramai orang tu? kemudian, saya tanye akak-akak kat JJ tu, diorang semua kata ari sabtu tu panas saaangat sebab terlalu ramai orang. fast food sangat sangat laku. dan kelas-kelas AF dibuat dekat tengah-tengah alam tempat shopping tu. hoi. pelik la wehhhh.

yang sedihnye, lepas ni ari sabtu jem teruk kat kawasan rumah. lepas ni, yaya dan eva dah tak leh main sesuka hati dekat tengah-tengah JJ tu. lepas ni barang kat kedai luar tu pun semua naik sebab tau orang akan ramai datang. sobssss :(


dalam kelas bersama Ning Baizura


siap berpagar uols~ tangkap gambar curik-curik. nanti kene marah ngn pak guard.