Sunday, June 5, 2011

syndrome down: bukan pinta mereka.



sesuatu yang mengharukan bila kanak-kanak syndrome down ini bersungguh-sungguh cuba untuk mewarna sebaik mungkin.


kanak-kanak syndrome down: jangan memandang mereka dengan pandangan yang jelik kerana rupa mereka. bukan pinta mereka jadi begitu.

SAYANGILAH MEREKA,

HENTIKAN PEMBULIAN ANAK-ANAK ISTIMEWA.



Thursday, June 2, 2011

dinosaur dah mengaum!


segala kerja separuh mati rasa berbaloi.
semua kerja OT terasa bermakna.
seluruh usaha bagai dihargai.


bukan senang nak tengok program yang kita sendiri handle masuk surat khabar. Utusan & The Star pulak tu. Alhamdulillah. Syukur.




*********************************

Nak tau macam mana rasanya hidup di zaman Jurasik? teringin dapatkan pengalaman tidur di sebelah T-Rex? inilah peluaNg anda! kepada sesiapa yang ada anak/adik yang berumur antara 9-11 tahun, JOM setai kami dalam camping A Night With Dino! peserta berpeluang mendapat t-shirt dan beg exclusive dengan percuma, mempelajari trick sains yang menguji minda, campfire, night walk di sebelah dino, BBQ dan banyak lagi! enrol now! tempat terhad :)

LET'S HEAR 'EM RAWRRRRRRR!




Monday, May 30, 2011

dia yang hanya mampu memandang


gambar ni biasa. tapi cukup menginsafkan.

seorang anak kecil.
yang hanya mampu memandang.
pada suatu poster itu.

tanpa sepatu.
berjalan mencari rezeki.
demi mengalas perut.
yang berkeroncong dari pagi.

tanpa rungutan.
tanpa keluhan.
senyuman jelas terukir di bibir.
kerna dia yakin.
ini semua hanyalah dugaan dunia.


pernah saya terbaca suatu artikel yang mengisahkan pasal syurga dan neraka. diceritakan bahawa apabila seorang yang begitu sengsara di dunia, namun apabila dicelupkan ke dalam syurga walau hanya sesaat, segala kesengsaraannya hilang sekelip mata.

pesanan ini untuk diri saya, diri saya, diri saya dan sekalian kawan2. segala dugaan dunia hanya sementara. moga kita tabah hadapinya. kerna yang jelas, kehidupan yang kekal abadi hanyalah di akhirat sana. amin.





Friday, May 27, 2011

pusat sains negara: Xciting Xtivity

kalau tanya budak lelaki, apa yang menarik tentang sains, 97% akan jawab sebab belajar topik pembiakan. hahaha. dah berapa kali survey, jawapan ni jugak yang keluar. pastu muka semua nak blushing kan? hahahaha ;D

tapi kalau tanya saya, apa yang menarik tentang sains di Pusat Sains Negara?

jawapan saya ini.






ini bukan magis macam dalam Harry Potter tu. tapi ini adalah kimia. nak tau best ke tak? cubalah sendiri di sini *macam iklan syampoo pulak dah* :D

Tuesday, May 24, 2011

pusat sains negara: malaysian tourism fair 2011

ahad lepas saja-saja join Malaysian Tourism Fair di PWTC. ramai yang tak tahu pasal MTF ni. ia berlansung dari 20-22 Mei 2011 lepas. alhamdulillah, booth PSN dapat sambutan hangat. hot!

frankly speaking, ini kali pertama saya join event besar yang bertaraf kebangsaan macam ni (selain kuiz kimia pelik yang kene jawab time form 4 dulu..hahaha). it was very fun. jumpa ramai orang, macam-macam ragam. ada sekumpulan orang dari Iran datang booth kami dan dia sangat teruja dengan demo yang kitorg bawa. in fact, dia sanggup suruh kawan dia di booth lain datang booth kami. amazing huh?

then, ada seorang makcik ni, siap berkenalan bagai. haha. tatau la kalau dia anak anak teruna solo ke kan? :D and the best of the best of the best of the best part was...

kami mengajar orang ramai tentang sains. kami membawa orang ramai melihat dunia sains yang sebenar. kami memupuk semangat anak-anak kecil meminati bidang sains. dan kami gembira menyebarkan ilmu. setidak-tidaknya, dapat buat bekalan untuk 'di sana' nanti kan? :)


Pleo pengubat keletihan kami,
menjadi penghibur sepanjang hari,
kanak-kanak teruja sekali,
bersama Pleo tak kering gusi.

kalau nak tau lebih pasal Pleo, boleh baca dekat sini.

okeh! set up tempat. set up tempat!

Shaqil sangat tekun explain dekat abang tu tentang science trick

nak balik dah. boleh nampak semua orang duk sibuk menelepon abg mad suruh amek kitorg.

oh. dan ini saya :)


ps: kalau anda ada peluang join aktiviti macam ni, join la. tak rugi punyeeee :)