Saturday, August 13, 2011

hurm?











i'll stay there. together. forever. silently.














ps: sadly, these lines only applicable if that person wants us to stay there rite? something to think of :)


pps: i'll update bout the iftar later keyh? ;)

Tuesday, August 9, 2011

resepi: sambal tempe ikan bilis.



berita hari ni mengisahkan ada orang meninggal lepas beli juadah berbuka. apa yang saya perhatikan, orang yang berniaga di bazaar ramadhan sekarang ramai sangat dah tak jujur. so, saya sarankan kepada ibu-ibu di luar sana, ambillah masa sikit untuk masak. demi kesihatan anak-anak.


and kat sini saya nak share satu resepi mudah. saaaaaaaaaaaaaaaangat mudah. orang Johor mesti tau punyaaaaaaa kan? kan?


SAMBAL TEMPE IKAN BILIS




bahan-bahan:


8 keping cili kering
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
sepeket/sebungkus tempe
segenggam kacang tanah (lebih pun tape)
segenggam ikan bilis (lebih pun tape)
3 sudu gula
1 camca garam
asam jawa




cara-cara:


1) potong tempe halus. biarkan tepi.
2) blend cili kering + bawang merah + bawang putih (untuk lebih pedas, tambahkan kuantiti cili)
3) goreng tempe.
4) goreng kacang tanah.
5) goreng ikan bilis.
6) tumis cili . masukkan gula + garam + asam jawa.
7) bila dah sebati dan pekat sedikit, tutup api. masukkan tempe + ikan bilis + kacang tanah yang telah digoreng. gaul sebati.




** boleh juga masukkan sambal sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk yang berisi bahan gorengan tadi. lebih mudah untuk budget kuantiti sambal*


***ada jugak orang panggil sambal goreng, tapi kalau orang Jawa, sambal goreng tu lain.




selamat mencuba :)


Monday, August 8, 2011

cendawan goreng. mmmm mmmmmmmmm~

saya tak tahu kenapa, tapi saya memang tak suka makan cendawan goreng yang dijual di pasar malam. seinggat saya, sekali je seumur hidup ni pernah beli.


well, u know. kalau oraang jual selalu nak untung. cendawan tu selalunye goreng mcm tu saje. dah la kering, halus. runcing. tak de isi cendawan langsung. and the worst part is MAHAL! berniaga biarlah jujur der. namo amek untung lebih-lebih. namonamo.


see. kalau masak sendiri leh rasa setiap crunchy-ness dia and feel the SPICEEEEEEE..uuu. berasap you.. haha.






nak resepi ke? tayah la kot. macam semua orang pun tau masak cendawan goreng kan? ok. selamat menyediakan juadah berbuka.


Saturday, August 6, 2011

status HALAL starbucks diragui?


'STARBUCKS telah disahkan haram oleh JAKIM. Semua chocolate, vanilla dan coffee drinks kat Coffee Bean dan Starbuck contains E471 (Emulsifie r 471), mono di-glycefi deswhich dr animal origin (pork). Raspberry Frap guna cherries yg dicelop dlm arak & the tiramisu ada RUM. Tlg sebar kat kekawan Islam. Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 utk dpt maklumat lanjut....TLG SEBARKAN KEPADA ORG MUSLIM YG LAIN'



rasanya ni bukan kali pertama kenyataan macam ni orang post di facebook. dan kita dengan pantasnya terus foward tanpa asal usul. haih.




setelah di periksa di laman web jakim, ternyata kenyataan ni adalah palsu. berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh jakim semalam.



----------------------------------------------------------------------------------------

KENYATAAN MEDIA BERKENAAN ADUAN STARBUCK COFFEE


1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung email yang menyatakan “JAKIM telah mengesahkan restoran Starbuck Coffee adalah haram kerana terdapat bahan yang direndam arak, untukpengesahan sila hubungi 03-8886400”. Kenyataan ini juga telah disebarkan melalui laman sosial Facebok.

2. Adalah dimakumkan bahawa JAKIM tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan sama ada melalui media massa atau portal rasmi JAKIM yang mengatakan restoran Starbuck Coffee adalah haram.

3. Restoran Starbuck Coffee telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM bermula dari 1 Ogos 2009 dan akan tamat pada 31 Julai 2012. Justeru JAKIM menasihatkan pengguna yang ingin ke restoran Starbuck Coffee maka perlu melihat Sijil dan logo halal yang dipamerkan di restoran tersebut atau merujuk www.halal.gov.my untuk pengesahan.

Sekian, terima kasih.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------





bukan saya nak promote starbucks, tapi apa yang saya nak sampaikan di sini adalah;

jangan lah cepat sebarkan sesuatu berita tanpa asal usul. nak pulak di bulan ramadhan ni.
wallahualam.

Friday, August 5, 2011

hari istimewa bagi mereka yang istimewa 2


ini adalah entry tertunggak. bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, nak sambung entry Hari Istimewa. tak banyak yang boleh diperkatakan. cukuplah dengan gambar. moga-moga ada ikhtibar yang boleh diambil. wallahualam.

deco di PSN menyambut kehadiran mereka yang istimewa.


untuk mereka yang bisu juga tidak dipinggirkan



bersyukurlah dengan apa yang kita ada. ingatlah pada mereka yang kurang bernasib baik.





salam ramadhan :)