Wednesday, May 7, 2014

Review: food feeder baby yg murah


Food feeder. Pernah dengar? Tak? Pergi google. 

Well, just want to share my experience. Bagi sesiapa yang ada anak kecil, yang suka kacau time kita makan, belilah food feeder ni. Serius, sangat membantu. 

Ada dua jenis food feeder, satu yang kain net.



 Satu lagi silicon, yg macam ammar guna ni. 


Kelebihan dia: 
- mudahkan kerja mak ayah. Especially time makan. Kan bila kita makan, dia pun duk sibuk jugak la nak gapai pinggan la, cawan la, kain alas meja laaa. So, kasi dia food feeder ni, dia 'ghalit' la sat naaa.

- kalau pakai silicon punya, kebarangkalian makanan tu berjejeh keluar tu rendah, compared tu yg kain net punya. Sbb dia silicon. And lubang-lubang tu pun boleh adjust ikut saiz. Kalau budak 6 bulan, maybe pakai saiz S. Kalau besar sikit, boleh tukar ke L. Lagi besar, lubang lagi banyak.

- mengasah skil motor anak-anak. Dia akan genggam, dan makan dengan sendiri. 

-  senang basuh. Kalau tiba-tiba baby dah tak nak makan @ kenyang, boleh la simpan dulu. Tutup dengan penutup supaya ketat dan semut tak masuk.

Kalau check kat kedai Manjaku, brand Kidsme tu dekat rm85. Umangaiiii. Mahai bebeno. So, saya belu brand OKBB jee. 1 set, include 2 silicone feeder tu baru rm17. Ngehngehngeh. Hidup kene pandai berjimat. :)



Ps: Ammar skrg suka pegang guna tangan kiri. Onononononono!


Saturday, March 29, 2014

Tudung bawal pusing depan

Selalu nampak orang pakai tudung bawal corak kat depan, tapi selalu jugak wondering macam mana rupa dari belakang ya?

So, i've tried this style during Aqiqah the other day. It was very nice u know. Especially beli tudung bawal dari Bawal Ct Redzuan. The quality of the bawal is very good. A bit lembik (biasalah tu kan), but just put some ironing starch time nak gosok tu, then it will be perfect. 



Kalau tengok, kain tudung kat belakang badan tu boleh adjust kalau nak labuhkan sikit :) try la. 

Tuesday, March 25, 2014

Of aqiqah & cukur jambul

Alhamdulillah, selesai majlis cukur jambul & aqiqah Ammar Zhariff last week. Plan asalnya, jemputan ramai. Sekali yang datang separuh dari jemputan. Hamek kau. Berlebih kambeng golek tu ha. Tapi tu la.. Nak buat macam mana, dah time cuti sekolah. Semua orang duk pakat balik kampung. Tak pe la. Kambing tu pun dah selamat sedekah kat anak yatim. Yang penting, dah selesai :)


Buat kawan-kawan, tq sangat sebab datang. I'm quite touched actually. Ada yang datang jauh-jauh, dr Terengganu sana ha, dari Bukit Jelutung, ada yang balik kawad terus datang. Punya lah semangat setia kawan. Yang tak dapat datang, tak lekang perkataan 'sorry'. Ada yang tak dpt datang hari Sabtu, pulun datang hari ahad. Sobsssss. Terharu sangat :') Nampak tak kesungguhan diaorang?


Some of the photos yg sempat snap. Far, sorry, gmbaq hang tak dak. Kita lupa snap snap la haritu. Haha. Su, gmbaq hang pun tak dak. Gambaq hadiah hang aja ada. Hahaha. Apepun, thanks semuaaa :)


Saturday, February 22, 2014

DALI did it again!



Tahniah CIMB, khususnya CWA! Dana yang favourite DALI aka 'darling' menang lagi di anugerah Edge Lipper untuk tahun 2014. Kali ni, DALI menang bagi kategori ekuiti ,dana yang patuh shariah selama 10 tahun. Anugerah diberikan berdasarkan prestasi dana yg sangat baik sepanjang sedekad lalu. What more can i say? CWA is still the best,vavavoom,awesome!

Anda tidak mempunyai simpanan lagi? Jangan risau. Masih belum terlambat. Hubungi saya di 013-3107764 untuk penerangan lanjut mngenai simpanan patuh shariah yang memberikan purata pulangan lebih 15% setahun ini :)

Thursday, February 13, 2014

Review: Bersalin di Hospital Pakar An Nur, Bangi

Entry ini adalah entry khas untuk mereka yang mencari testimoni bersalin daripada Hosp Pakar An Nur, Bangi. Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan seorang baby boy pada 11 Oktober 2013 di An Nur. Servis yang diberikan oleh para nurse, bidan dan doktor adalah sangat tip top!

Monthly checkup juga begitu. Saya mendapatkan pemeriksaan daripada Dr Fatimah. saaaangat selesa. Dr akan menceritakan setiap apa yang berlaku dalam kandungan dan banyak memberi nasihat dari sudut pandangan Islam.

                         

Nampak tak? Hehe. Masa ni Dr tengah cerita tentang jantina baby.

Masa bersalin juga begitu. Sampai-sampai, nurse terus bawa ke labour room. Check bukaan, tengok-tengok dah 4 cm. So, terrus admit pagi tu. Sambil nak tunggu bukaan mencecah 8-10 cm tu rasa tenang sangat. Labour room selesa, dipersiapkan dengan air minuman, senaskah Quran, kerusi untuk pelawat dan telinga diperdengarkan dengan alunan ayat al-Quran. Subhanallah. 

Selepas baby dah lahir juga begitu. Dr jahit episiotomi sangat kemas, bayi dibersihkan dengan sempurna, disiapkan juga bahan-bahan untuk ditahnikkan oleh en Hubby, uri siap dibasuh dan dibalut kemas. Perfect. Tinggal nak bawak balik, tanam aja :) 

Dari segi servis makanan, keadaan ward selepas bersalin, kemudahan semua sangatlah memuaskan hati. Makanan dia memang sedap. Serious. Dan bila dah subuh, nurse akan masuk bilik, inform dah masuk waktu. check BP pun lembut aja. 

Wad di An Nur. Suami boleh teman tidur dekat sofa tu, tapi en Hubby saya selamba ja alas selinut tido kat bawah. Hihi

                         
Ruang bilik yang besar dan selesa.

Nursery baby juga begitu. Baby saya kena warded for few days because of jaundice. Semasa dekat nursery tu pun radio sentiasa pasang alunan zikir. Suhu tak terlalu sejuk, tak terlalu panas. Just nice for naked baby di bawah lampu. Nurse yang jaga baby pun nampak sangat berpengalaman dalam ambil darah baby, beri susu (ebm) mandikan dan tukar lampin.

Senang cerita, saya sangat berpuas hati dengan An Nur. Walaupun harganya agak mahal jika dibandingkan dengan hospital kerajaan, tapi anda akan rasa sangat berbaloi dengan apa yang anda bayar. Percayalah. Selamat bersalin mummies out there ;)