Monday, October 13, 2014

Ammar turns 1- part 1


Alhamdulillah. 

Syukur. Allah beri pinjam Ammar kpd kami dah 12 bulan. Kenapa saya cakap mcm tu? Sbb anak ni amanah Allah. Allah uji kita dgn kehadiran anak. Dari ujian itu, kita ambillah yang baik, jadikan bekalan akhirat. Dan kena sentiasa ingat, segala apa yang Allah pinjamkan, Allah boleh ambil semula. Oleh itu, jagalah anak itu bagaikan permata, kerana nilainya yang tak terhingga 😘.

Okeh. Sentimental pulak.

Tak percaya Ammar membesar sepantas ini. Masih ingat lagi dulu-dulu masa mula-mula disahkan pregnant. Hahaha. Sebab selalu beli urine test result negatif, so, kali tu dah jangka result mesti negatif. Sedih. Tapi tah macam mana tah, hubby nak re-check pulak test tu. Sekali....eh? Dua line laahhhhh! Positif? Tak caya. Pegi farmasi beli lagi satu urine test. Kali ni mahal punya. Ehh..betullah! Positif! Alhamdulillahhhhh.


Dannn bermulalah sesi ke Klinik Pakar An-Nur everymonth untuk check up wajib. Dan Ammar pun membesar dengan happynyaaa. 


Can u see the seri muka ibu mengandung?


Dan Ammar pun montel sebagaimana ibu pun montel. Mak aihhh. Tembam pipi ibu. Double chin nokkk.

Dan pada 11 October 2013, tepat jam 2.11 ptg, Ammar pun lahir 



Welcome to the world, sweet baby! Alhamdulillah. Mudah sgt lahirkan Ammar Zhariff. Tanpa epidural. Sakit? Memang. Rasa mcm bengkok besi tu saya genggam time teran. Haha. Exaggerate je. 


Dan bermulalah siri jaundis. Keluar masuk hospital sebulan lebih. Banyak sangat Ammar ajar ibu ayah tentang kesabaran masa tu. Tq sayang 


Setel demam kuning, Ammar kene hernia pula. Sekali lgi kesabaran ibu ayah teruji. Sedih tengok Ammar. Tapi Ammar kuat. Kan? Lepas operation aja terus bangun mintak susu. Padahal operation tu 50-50. Doktor dah standby ICU. Masuk PHDU pun sekejap je. Alhamdulillah. 


Lepas tu, sinar-sinar kebahagiaan mula terpancar di muka Ammar. Ammar makin montok, montel, tembam, double chin dan segala adik beradik dengannya. Yeayyy. Sampai lah sekarang.


Tq Allah di atas segala ujian yang Kau berikan kpd kami. UjianMu itulah yang menguatkan hati kami padaMu, yang mengeratkan hubungan kami, yang membuktikan kasih sayang kami pada amanahMu. Tq Allah.



Ps: peminat2 Ammar, tunggu part 2 pulak ya.

Monday, September 1, 2014

Elite Raya n Birthday

And so..tahun ni celebrate bday with Elitians. Had soo much fun! Bless to be in  this company ;)

Friday, August 1, 2014

Raya 2014


Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga + De n family ( not in pic). Maaf semua salah silap 😊. 


Thursday, July 10, 2014

Cara paling mudah menderma utk PALESTIN


Kalau kita rasa nak menderma melalui cimbclicks atau maybank2u leceh sebab kene guna internet, atau malas nak kene extra charge sebab MEPS, gunalah cara ini. InsyaAllah, niatbyg baik Allah permudahkan.

I've done my part. How about you?

Friday, July 4, 2014

Review: Lost World of Tambun

So sorry. It's been ages baru nak update. Sangat kagum macm mana inu-ibu bekerjaya kat luar sana boleh ada masa update blog. Haha

So, our trip went well. We stayed at Heritage Hotel,Ipoh. The hotel was easy to find, the food selection were good, the service was great. They even serve you with a welcome fruit juice drinks. Nyummy!


Well, i wud say ok la Lost World ni. Yang best nye, sbb tempat ni ada hot sping je. Haha. Tu je yang menarik. Then, dia ada animal park dia, ada racoon, bird, snake, deer, peacock, etc. Then dia ada harimau dua ekor. Ada landak. Ada roller coaster yg ermmm...not scary at all. Haha. Utk kanak2 seronok la kot. 

Lepas tu ada amusement park dia. And water park dia. Cafe dia pun not bad jugak la. Rm7 utk sebungkus nasi ayam. Nasib baik nasi ayam dia sedap. Hehe


This one is dia punya hotspring. My suggestion, kalau pergo sini, turn right dulu. Pergi amusement park dia, pergi ke tin valley dulu, animal park semua, lepas tu baru ke hot spa ni. Perghhhh. Memang best. Panas dia memang sedap. Nak pulak ada batu refleksologi dekat situ. Memang segar balik badan. That is the best.

So, that's all from my review. Sekian.