Wednesday, September 2, 2015

Leap Frog : superb educational toys

Benda yang ditunggu-tunggu dah sampai. Taraaaa. Tapi kali ni memang cepat. Dlm seminggu lebih je. Tq soo much Drypers sbb ada sistem points m redeem. Sangat menjimatkan! Kalau anda sedang mencari-cari educational toys utk anak anda, try this one!



It's like your child own laptop. Kisahnya sebab lately, kami nampak Ammar a bit carried away dengan iPad. Memang pada mulanya tak nak ajar dia dengan iPad, tapi kadang tu kita dah penat sangat, memang iPad la jawapan dia. Hahaha. So, i purposely chose this Leap Frog Laptop so that Ammar boleh distract dari obses sangat dengan iPad. Andddd alhamdulillah! It works!!



One thing yang bagus sebab dia sangat interactive. Ada lebih kurang 16 songs, setiap alphabet ada phonetic sound , ada animal animation, games teka animals, info pasal animal,etc etc.

Overall i am very happy. Cuba jugak check price dia...hahahhaaha. Jimat mak rm116. Phewww!



Thursday, August 13, 2015

Review: Storksak diaper bag

Alhamdulillah. After almost 2 years tunggu, akhirnya dapat jugak sebijik handbag Storksak ni. Weeee :)


This is Storksak Olivia. Just bought from someone yang kebetulan baru beli and nak letgo at half price. Fuhhhh! Memang rezeki. 



Zip kat depan ni memang sangat berguna. Dia besar, so memang boleh muat buku saiz latihan tu. I just put my maternity check up book je kat situ.


Bahagian dalam beg. Seriously, kat dalam je ada dalam 6 compartment dan 1 zip. Kat luar ada extra lagi 4 compartment. So total ada 10 conpartment and 2 zipped pockets. Meriah ke tak meriah? Haaa. Kemain sumbat segala barang dalam tu.


Oh ya. Setiap set didatangi dengan 1 changing mat, 1 insulated bottle, 1 pouch dan 1 strap panjang. Dannn ia saaangatlah cantik, classy and rich. Hehe. Love it. Love it.


Well, i guess that's all. Boleh try ushar dekat fb atau mana2 insta yang jual. Just type #storksak, #storksakmalaysia atau apa-apa lah yang berkaitan storksak. Ok mommies! Welcome to mommy world! :)

Monday, July 20, 2015

Raya 2015: part 1

Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga. Dengan rendah hati, kami memohon kemaafan di atas segala salah silap keterlanjuran kata dan laku yang ada mengguris mana-mana pihak, harap diampun.


OOTD: #nazneendressrsc #ariani #maroztailor

Wednesday, July 15, 2015

Review: Restoran Chop n Steak

The other day teringin sangat nak makan western. So hubby bawak pergi satu restoran dekat dengan seri kembangan. Tempat permainan zaman dolu-dolu katanya ( since dulu dia duk kat Serdang). Semangat nak kasi isteri dia try. Nama dia Chop n Steak.


Dah call awal-awal untuk reserved. Biasalah, bulan ramadhan, takut full house je. So, bila sampai tu, dia beri table dekat luar. Kat sini macam tak ouas hati pun ada. Sebab bila minta tukar meja kat dalam, ( redup sikit dan sejuk since kat luar panas and kesian kat ammar) diorang tak kasi. Katanya dalam dah penuh. Tapi sampai dah habis makan masa berbuka tu, banyak ajaaaa meja kosong kat dalam tu. Heh!

Dari segi food, okay la. Price dia agak murah compared dengan kedai lain yang jual western. Portion dia memang besar dan mengenyangkan. Mushroom soup dia pun berbeza sikit sebab ada isi ayam sekali kat dalam tu. Dah macam mushroom+chicken soup. Dan memang sedap.



Ni sirloin beef steak. Berapa tah harga. Lupa. Hehe. Nampak sekeping je, tapi sebenarnya bawah tu depa sorok lagi sekeping daging. Memang kenyang satu pinggan pun.



Ni mix platter. Combo lamb steak dengan chicken chop. 


Overall, not bad jugak la. Air dia gelas besar, baru rm3. Ada haritu punya kedai (kalau rajen nanti i buat review) gelas biasa je ( yang kurus tu), tapi charge sampai rm5. Melampau sangat.


Boleh la kan? Both of the dishes less than rm15. Mana nak dapat tempat lain?


Oh lupa. Dia siap kasi air mineral dan satu tuppaware kurma untuk berbuka. Ammar aja bedal sampai 5 biji. Hahaha.

Sunday, June 28, 2015

Review: restoran Al Diafah, Kajang


Alhamdulillah, semalam dapat juga Samah's clan berbuka satu keluarga. Since my sister in law and brother in law pernah duduk di Iran dan berkerja di Madinah, so diorg memang sangat suka makan nasi arab . I've tried few middle east restaurant ( in Malaysia of course ) macam Hadramawt, but i would say Al Diafah have the best nasi arab in town!

OK, Actually Al Diafah ada dua cawangan, satu di Sri Petaling (landmark : CWA Sri Petaling ) dan lagi satu di Kajang (landmark : berdekatan dengan Laman Grill milik Chef Zubir Masterchef ). Tapi Sri Petaling punya agak kecil dan sesak sedikit berbanding di cawangan Kajang, plus agak susah untuk bawa OKU dine in kat situ ( since bapak saya pakai wheelchair). So, we decided untuk makan di Kajang.


Call aja untuk tempahan meja. Bila kita sampai, dia terus bawa kita ke meja kita :) oh ya. Setiap meja dibekalkan loceng untuk panggil waiter. So, kalau nak tambah order ke apa-apa ke, Just tekan loceng tu aja. Jangan buat macam kat mamak pulak duk panggil "anne..annee". hahaha

Masa kami sampai, kedai masih kosong lagi. so, saya belanja gambar aje lah ya.




Ruang yang sangat luas. Dan yang bestnya, kedai dia ada sofa. So, macam last time kami makan di kedai Al Diafah ni, Ammar tengah tidur. Kasi je dia baring atas sofa yang penuh dengan bantal gebuss itu.


Gambar hero kene ada. Ye dok?

Dan ni pula lauk berbuka kami. Since kami ramai, so kami ambil dua set untuk 4 pax punya. Satu BBQ Chicken dan satu lagi Mandy Chicken. Both with Al Diafah rice. perghhhh. Serious lagi sedap dari mandy rice dia. Cuma kalau ambil by plate, dia mahal sikit. Ambil sedulang besar ni, sama pulak harga dia. Haha. Untuk satu dulang ni harga dia RM 75. Tapi memang boleh makan dekat 9-10 orang.



Okay, ni pula ruang solat dia. Besar dan selesa. Pun ada sofa jugak kalau makcik-makcik duk penat naik tangga. Sebab surau dia kat tingkat 2. Telekung semua ada disediakan. Jangan risau ;)


La ni kita upload gambaq budak-budak yang duk hingaq satu restoran tu la naa. Penyeri Samah's clan :)



Big Boss dan Mem Besar.


Anak-anak Big Boss dan Mem.


Ok. tu je kot. Overall, memang puas hati makanan dia sedap. Air kosong free. Hang mintak la 5 jag pun free jugak (sebab kami mintak sampai 5-6 jug. hehe ). Servis yang mantap. But of course, bawak duit lebih sikit naa. Selamat berbuka.