Tuesday, September 15, 2015

Diserang Denggi!

First time dalam keluarga ada yang terkena denggi. Bukan mak bapak, bukan adik beradik, tapi suami sendiri. Allah. Dugaannya Allah sahaja yang tahu. Cik hubby kene denggi dekat 7 hari. Sepanjang tu jugaklah cik hubby duk terlantar atas katil, makan bersuap, berselimut, berdemam panas.

Mulanya ingat demam biasa, tapi bila 2nd day tu tak kebah lagi dah pelik sikit. Uphamol dah dekat sepapan dia bedal. 

Hari ke-3
On 3rd day tu dah start tak sedap hati. Pergi Klinik Idzham di Pandan Jaya. Dr tu check biasa je. Tanya2 sikit. Tak sampai 3 minit. Kasi antibiotik. Tu pun dekat RM 70++. Stresss aku! Ubat panadol je pun kot. Kalau consultation Dr pakar paham gak. Ni kalau setakat Dr biasa-biasa buat locum nak charge consulation mcm Dr pakar, benggang jugak la kan. Hmmm. Request utk check darah, Dr tu tak nak buat. Dia kata bukan denggi. -_-"

So, balik tu, cik Hubby masih lagi duk selubung. Bila makan antibiotik, jadi lagi tak keruan. Tak boleh tidur satu malam. 

Hari ke-4
Esoknya pergi HUKM, cek sample darah. And the result isssss....platlet darah drop! Possibility of dengue fever is very high. Allahuakbar. Tapi tak admit sbb katil penuh, plus, indicator lain semua ok. So, still kene monitor.

Betullah orang kata, you will know how strong you are only when being strong is the only choice you have. I am juggling between taking care of my hubby, go to supermarket to buy fresh crab, feeding ammar, making crab soup for my hubby, handling ammar some more ( wash his poop, shower him, play with him, feed him again), feed my hubby, doing laundry, etc etc. oh my god. Seriously exhausting! Dengan keadaan i yang pregnant 7 months..Allah aja yang tahu rasanya.

Hari ke-5
Harini ambil darah lagi, platlet masih drop. But since the Dr at KK was a bit kerek ( she didn't even look at the blood result properly. She just glanced at it! Seriously?). 


Hari ke-6
Tak puas hati dengan Dr KK semalam, harini pergi terus HKL. Dlm masa sejam setengah, Dr check result getting worse. So, terus admit ke HKL.

Masa ni cik Hubby dah nak pitam. Twice!

Serabainya lah laki aku. Hahahhaha. Ni masa di 3rd class ward. Sbb tak boleh upgrade ward selagi pakar tak jumpa. Nak tukar hospital, cik Hubby dah tak larat. So, stay lah kat situ. Masa ni mmg tak larat. Berjalan sana sini. Teman cik Hubby sampai mgrb. Ammar pun tak ambil lagi. Nak ke kereta dah la jauh. Menapak lagi. Fuhhh. 

Alhamdulillah, after few days cik Hubby dah sihat. It was a nightmare for us. Moga Allah ampunkan dosa2 kami. Sesungguhnya sakit itu kifaran dosa. :)

Wednesday, September 2, 2015

Leap Frog : superb educational toys

Benda yang ditunggu-tunggu dah sampai. Taraaaa. Tapi kali ni memang cepat. Dlm seminggu lebih je. Tq soo much Drypers sbb ada sistem points m redeem. Sangat menjimatkan! Kalau anda sedang mencari-cari educational toys utk anak anda, try this one!



It's like your child own laptop. Kisahnya sebab lately, kami nampak Ammar a bit carried away dengan iPad. Memang pada mulanya tak nak ajar dia dengan iPad, tapi kadang tu kita dah penat sangat, memang iPad la jawapan dia. Hahaha. So, i purposely chose this Leap Frog Laptop so that Ammar boleh distract dari obses sangat dengan iPad. Andddd alhamdulillah! It works!!



One thing yang bagus sebab dia sangat interactive. Ada lebih kurang 16 songs, setiap alphabet ada phonetic sound , ada animal animation, games teka animals, info pasal animal,etc etc.

Overall i am very happy. Cuba jugak check price dia...hahahhaaha. Jimat mak rm116. Phewww!



Thursday, August 13, 2015

Review: Storksak diaper bag

Alhamdulillah. After almost 2 years tunggu, akhirnya dapat jugak sebijik handbag Storksak ni. Weeee :)


This is Storksak Olivia. Just bought from someone yang kebetulan baru beli and nak letgo at half price. Fuhhhh! Memang rezeki. 



Zip kat depan ni memang sangat berguna. Dia besar, so memang boleh muat buku saiz latihan tu. I just put my maternity check up book je kat situ.


Bahagian dalam beg. Seriously, kat dalam je ada dalam 6 compartment dan 1 zip. Kat luar ada extra lagi 4 compartment. So total ada 10 conpartment and 2 zipped pockets. Meriah ke tak meriah? Haaa. Kemain sumbat segala barang dalam tu.


Oh ya. Setiap set didatangi dengan 1 changing mat, 1 insulated bottle, 1 pouch dan 1 strap panjang. Dannn ia saaangatlah cantik, classy and rich. Hehe. Love it. Love it.


Well, i guess that's all. Boleh try ushar dekat fb atau mana2 insta yang jual. Just type #storksak, #storksakmalaysia atau apa-apa lah yang berkaitan storksak. Ok mommies! Welcome to mommy world! :)

Monday, July 20, 2015

Raya 2015: part 1

Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga. Dengan rendah hati, kami memohon kemaafan di atas segala salah silap keterlanjuran kata dan laku yang ada mengguris mana-mana pihak, harap diampun.


OOTD: #nazneendressrsc #ariani #maroztailor

Wednesday, July 15, 2015

Review: Restoran Chop n Steak

The other day teringin sangat nak makan western. So hubby bawak pergi satu restoran dekat dengan seri kembangan. Tempat permainan zaman dolu-dolu katanya ( since dulu dia duk kat Serdang). Semangat nak kasi isteri dia try. Nama dia Chop n Steak.


Dah call awal-awal untuk reserved. Biasalah, bulan ramadhan, takut full house je. So, bila sampai tu, dia beri table dekat luar. Kat sini macam tak ouas hati pun ada. Sebab bila minta tukar meja kat dalam, ( redup sikit dan sejuk since kat luar panas and kesian kat ammar) diorang tak kasi. Katanya dalam dah penuh. Tapi sampai dah habis makan masa berbuka tu, banyak ajaaaa meja kosong kat dalam tu. Heh!

Dari segi food, okay la. Price dia agak murah compared dengan kedai lain yang jual western. Portion dia memang besar dan mengenyangkan. Mushroom soup dia pun berbeza sikit sebab ada isi ayam sekali kat dalam tu. Dah macam mushroom+chicken soup. Dan memang sedap.



Ni sirloin beef steak. Berapa tah harga. Lupa. Hehe. Nampak sekeping je, tapi sebenarnya bawah tu depa sorok lagi sekeping daging. Memang kenyang satu pinggan pun.



Ni mix platter. Combo lamb steak dengan chicken chop. 


Overall, not bad jugak la. Air dia gelas besar, baru rm3. Ada haritu punya kedai (kalau rajen nanti i buat review) gelas biasa je ( yang kurus tu), tapi charge sampai rm5. Melampau sangat.


Boleh la kan? Both of the dishes less than rm15. Mana nak dapat tempat lain?


Oh lupa. Dia siap kasi air mineral dan satu tuppaware kurma untuk berbuka. Ammar aja bedal sampai 5 biji. Hahaha.