Monday, April 13, 2020

Resepi: Pudding Caramel



1) Caramel

Bahan-bahan:

•2-3 sudu besar gula kastor
• air dalam 2-3 sudu besar

- panaskan gula dalam loyang. Dah agak-agak berubah warna jadi perang, masukkan sedikit air supaya tak terlalu likat. Put aside. Kasi sejuk.


2) Puding

Bahan-bahan:

• 1 cawan susu pekat
• 2 cawan susu cair (Dutchlady freshmilk)
• 3 biji telur
• vanila satu sudu kecil

- Blend semua bahan di atas dalam blender. Bila blend, dia akan jadi lebih halus. I prefer that kind of texture instead of lobang-lobang 😅 ( boleh tengok gambar keratan rentas dia)
- Tuang dalam loyang tadi. Tapis buih-buih. 
- Masak dalam oven pada suhu 175-200 degree selama 1 jam.

Siap.


 Walaupun rupa dia tak berapa cantik tapi rasa dia memang sedap lemak :)

Resepi : Nasi Ayam Roasted Sedappp




1) Ayam ( Roasted)

Mula-mula, kena rebus ayam.



Bahan:
•ayam dua ketul ( bhgn peha x 2 ketul besar)
• air (sampai ayam tenggelam)

-Rebus ayam sampai agak-agak empuk dan dah keluar pati ayam. 
-Angkat ayam. Put aside kasi sejuk sikit.

Lepas tu, sediakan bahan tumbuk.

Bahan:
•5 ulas bawang putih
•1 ibu jari halia

- tumbuk dua bahan ni sampai lumat. Lepas tu divide 3 bahagian, satu utk masak dalam sup, satu utk perap dekat ayam, ciput lagi utk kuah cili.
- ambil 1 portion, letak dekat ayam yang dah kita rebus tadi. Letak kasi rata semua, lepas tu tuang sikit sos tiram, kicap ABC sos manis, secukup rasa sikit dan madu. Gaul kasi rata semua, masuk oven dalam 15-20 minit. Kejap je sbb ayam dah masak. Settle satu bab.

2) Sup Ayam

Tadi kan dah rebus ayam, kita ambil periuk baru, letak minyak, tumis 1 portion halia dgn bawang putih  tadi, masukkan 3 sekawan ( kayu manis, bunga cengkih dgn biji pelaga),lepas tu masukkan air rebusan ayam tadi. Tambah seketul  pati kuib ayam. Kalau kata takde 3 sekawan tadi, boleh masukkan sup bunjut masa ni. Biar dia masak. Dah sedap rasa, bahagikan kpd 3 portion (1 utk sup ayam, 1 mangkuk kecik utk kuah kicap dan 1 mangkuk kecik utk kuah cili. Pakai mangkuk ikea tu jaa cukup)

In case nak lagi best, boleh la masukkan kentang, carrot, daun sup, dll. Kalau tak nak pun takpe sebab sup ayam nasi ayam simple aja☺️. Biar mendidih, tutup api. Settle lagi 1 bab.

3) Kuah Cili

Bahan:
• 1 tangkai cili merah
• 1 biji tomato
• 1 portion ciput bawang putih & halia yang dah ditumbuk tadi
• 1 mangkuk sup ayam tadi

Blend semua bahan ni. Lepas tu masak atas dapur, perasakan dgn secukup rasa dan satu sudu besar gula. Lepas tu adjust la ikut sedap tekak. Settle.

4) Kuah Kicap

Bahan:
• Kicap manis agak-agak 10 sudu besar
• 1 mangkuk sup ayam tadi

Campurkan dua bahan ni. Pandai-pandai la adjust nak kicap tu tahap mana.

5) Nasi Ayam

Bahan:
• 1 sudu mentega
• portion bawang putih dan halia yg ditumbuk tadi

- Tumis bawang putih dan halia yang ditumbuk tadi dengan mentega. Dah naik bau, masukkan beras dan air + sup ayam (ikut sukatan beras yang nak masak). Masukkan sikit serbuk kunyit dan separuh ketul kiub pati ayam. Masak dalam rice cooker. Setel!

Finally boleh makan. Sekian.


Monday, February 19, 2018

Struggle

Kehadapan Ammar & Aisya,

.

Harini, seharian ibu ayah di Saujana Putra. Siapkan projek sebab nak handover harini.  Balik pukul 7. 10 ptg gitu. Sampai sekolah Ammar pukul 7.35 ptg. Kesian Ammar dah menangis. Bila tanya kenapa nangis, dia kata "Ammar ingat ibu lupa ambil ammar.."😢

.

Sampai rumah, solat semua 8.30 mlm keluar site visit di Kajang pula. Tak sempat makan pun. Buka puasa jamah sikit air dengan coklat. Ni pukul 11.55 mlm baru sampai rumah. Fuhh.

.

Moga suatu hari nanti, bila ibu ayah dah berjaya, Ammar & Aisya faham macam mana susah payah ibu ayah. Sebab Allah janji, di setiap kesukaran itu ada kesenangan. Dan setiap kesukaran itu ada kesenangan. InsyaAllah!

.

0009,200218.

Tuesday, May 3, 2016

Of Ammar n Aisya

Okay, lama tak update dekat sini. Short info, Ammar dah pandai cakap. Pandai buka seluar sendiri, pandai pakai kasut sendiri, pandai jaga adik. Kalau adik nangis, dialah yang first pergi pujuk adik dia.

Aisya pula dah pandai meniarap, pandai guling-guling, pandai gelak, pandai kenal orang dah. Haiii kejap betul masa berlalu.



Oh yaa. Aisya dah pandai isap jari kaki! Oh noooo! Mak dah bising-bising dah. Hehehe. Don't worry mommy. 


And Ammar skrg memang tengah angau duk main  bubble ajaaa. So ibu n ayah pun decide nak buat bisnes Giant Bubble. InsyaAllah dalam masa terdekat :)


Lain-lain? Oh ya. InsyaAllah nak pindah ke Bandar Sri Permaisuri soon. Anyone knows kat mana nak cari office area situ? Kalau ada roger-roger ya. Tq.

That's all for now. Doakan TheBajuBaby dan ANZworks & Services maju berjaya gemilang tahun 2016 ni.yosh!


Wednesday, December 2, 2015

Ahlan Wasahlan Aisya Zaheera

Alhamdulillah. Harini dah 6 hari sy melahirkan my first princess. Betulla org cakap, pengalaman mengandung dan melahirkan setiap anak itu berbeza.

This time, kami masih lagi check up monthly dan bersalin di Hosp Pakar An Nur. Reason? Sebab An Nur sangat best :) ya, memang orang kata "alah, bayar mahal-mahal, tapi sakitnya sama je kalau bersalin hospital kerajaan". Mari saya cerita kelebihan Hospital Pakar An Nur dan kenapa saya snggup pergi ke Bangi dari Hulu Kelang dan meredah jem MRR2 utk bersalin. 

1) Alhamdulillah, saya boleh menunggu sakit contraction di labour room yang selesa, sambil dengar bacaan Quran dari suami sy di sebelah

2) dapat makanan sunnah utk alas perut ( kiwi,apricot,kurma,kismis). Plus, kalau lapar, boleh request hot drinks ( saya dapat roti gardenia +vico ). 


3) Semua orang hanya wanita, jadi tak kisah kalau nak bukak tudung atau takut aurat terdedah.

4) Dalam setiap labour room disediakan telekung + sejadah utk solat jika dah masuk waktu. Nurse kan dtg beritahu dah masuk waktu solat (walaupun sbnarnya boleh dgr sbb masjid depn hospital :D )

5) Nurse dan Doktor pun terlatih dan berpengalaman. Jahit luka perineum tak sakit. (Okay tipu. Ade la rasa sakit sikit mcm kene gigit semut gitu)

6) etc. Banyak sangat nak cerita.

Jadi, tak mengapalah kalau bayar mahal sikit untuk kepuasan hati. Ye dok?

Bersalin kali memang lain sikit. Malam 26 November tu dah ada rasa sakit sikit-sikit. Every 10 minutes. Tapi...tak kot? Lapar ni agaknya. So, minum secawan nestum, ehh hilang pulak sakit tu. Ok. Tido dgn nyenyak.

Pagi 27 November tu ada rasa sakit sikit, tapi tak macam contraction. Mcm sakit perut. Dalam hati "ni mesti sebab semalam makan pizza neh. Terlebih sos letteww". Tapi peliknya, sakit perut ni mcm every 10-15 mins pulak. Check bloody spot takde pula. Call hubby, minta patah balik rumah ajak pergi check kat An Nur. 

Yang bestnya, dah sampai sana tak sakit. Aduhh. Habis la aku kene marah dgn nurse sebab jalan tak bukak lagi. Sekali bila bidan check " ok puan, dah 6cm ya". Allahuakbar. Dulu masa Ammar, 4 cm pun dah sakit. Ni 6cm boleh gelak-gelak lagi dgn hubby. So, takpelah. Kuatkan mental dan fizikal sbb dah boleh imagine macam mana sakit contraction. Tunggu punya tunggu punya tunggu.. Tak sakit-sakit. Hubby dah siap-siap pergi masjid Solat Jumaat. Saya pun solat Zohor then tunggu contraction. Aduh..boring pulak sakit tak mai-mai. Boleh la lena sat 5-10 minit. Hubby balik masjid terus ngadu "yang, macam lambat je? Tak sakit sangat la. Dari tadi adela sekali dua je sakit".

Tak lama lepas tu, nurse n Dr Fatimah pun masuk. Dr nak check bukaan lagi sekali. And guess what? " okay, dah 9cm ya. Sikit lagi boleh push. Kalau rasa nak terberak tu dah full ya".

HAA? What? 9cm and aku boleh duk lena tidoq? Allahuakbar. Memang Allah nak tolong. Allah tarik kesakitan tu. Allah. Dipendekkan cerita, pukul 2.24ptg, lahirlah baby girl seberat 3.15kg. Alhamdulillah.


Introducing, Aisya Zaheera Bt Ahmad Hafiz :) syukur ke hadrat Allah. 

What i'm trying to say here is, rahmat Allah tu sangatlah besar. Sangatlah luas. Sangatlah tak terjangkau dek akal. Can u imagine 9cm, beranak normal tapi tak sakit? Sebelum tu boleh solat Zohor secara normal. Semua doa saya Allah perkenankan. Allah. Malunya. Amalan tak seberapa. Bersangka baiklah dengan Allah. Dan sentiasa doa dengan ikhlas tanpa jemu. Mudah-mudahan Allah tolong. Above all, Dia yang Maha mengetahui. 

Special thanks to my hubby, to Dr Fatimah and all nurses di HPAN yang assist sepanjang sy berada di sana dan keluarga dan rakan yang sentiasa mendoakan.