Monday, January 31, 2011

Tuhan, selamatkan mereka. amin.


di saat semua orang bergembira cuti,
di saat kita tidur lena diulit mimpi,
di saat kita menjamu selera tanpa henti..
kita alpa,
dengan kemewahan dunia,
kita lupa,
dengan saudara kita di Mesir sana.


kawan-kawan, mari kita berfikir sejenak. keadaan di Mesir sudah semkin getir. lapangan terbang di Alexandria , pejabat pos, bank, balai polis semua dah kena bakar. setakat hari ini, (31 jan 2011, jam 1205) hanya sebahagian kecil sahaja rakyat malaysia yang berjaya dibawa pulang. sebilangan besar masih lagi di sana, dan dalam proses di bawa pulang. jika berjaya. tiket penerbangan naik 7 kali ganda. jika tiada aral, dalam masa 24 jam, sebahagian lagi pelajar malaysia yang berjaya dikesan akan dibawa pulang. khabarnya, pelajar di bawah tajaan JPA dan Mara. kebmungkinan mereka akan terbang dari lapangan terbang Cairo. keadaan amat darurat di sana. dan kerajaan telah menganggap situasi di sana sudah berada di paras lampu oren. talian amat-amatlah susah. jika anda ada saudara-mara atau rakan yang berada di sana, call terus. jangan sms. itupun banyak kali kena cuba baru boleh dapat call. I.Allah.

berita telah disahkan bahawa terdapat pelajar perempuan Malayia yang dirogol. banduan semua sudah terlepas. rakyat Malaysia ramai yang hidup dalam bergelap. penggunaan lampu terpaksa diminimakan sebaik mungkin. menurut sahabat di Mesir, keadaan di Alex agak kritikal kerana rumah di sana agak berjauhan. alhamdulillah, sebahagian mereka tahu tempat berkumpul. namun, terdapat segelintir lagi yang masih tidak tahu. jika misi membawa pulang rakyat malaysia dijalankan, dikhuatiri sebahagian yang tidak tahu tadi akan keciciran.

kawan-kawan, rakyat Malaysia, mari kita sama-sama berdoa agar mereka selamat di sana. mari gesa kerajaan supaya hantar bantuan. jika kita tak mampu menghulurkan bantuan fizikal, cukuplah dengan bisikan doa dalam hati.

Sunday, January 30, 2011

saya sayang abah saya contest!



sejak ada 2nd blog untuk giveaway+contest, saya dah jarang buat entry contest dekat sini. tapi, harini saja nak buat dekat blog ni.

contest "saya sayang abah saya" ni tiba-tiba macam menusuk hati. bagi pembaca setia blog kambenggurun ni, semua tahu pasal ayah saya kan? oh. saya panggil ayah saya bapak. orang paggil bapak Chief atau En Sam. Bapak saya kerja di bahagian arkitek di JKR. bapak saya memang garang. sejak kecil kami dah biasa dengan rotan yang tergantung tepi pintu bilik. kalau salah masa mengaji tu, tak kene rotan lagi dah menangis macam cabai kering masuk mata. hahaha.

tapi tu semua untuk besarkan kami adik beradik. ingat lagi masa first day masuk asrama, saya salam bapak. saya cium pipi bapak. mata bapak terus bergenang. bapak kata, " ni kali pertama aku rasa anak aku cium pipi aku". serba salah sangat masa tu. punyalah takut dengan bapak masa kecik dulu sampai nak cium pipi pun tak pernah. bila dah besar, ayah saya disahkan ada brain tumor. mula-mula kecik. sebesar 50 sen. lama-lama jadi sebesar bola tenis dalam kepala. doktor suruh buat operation buang tumor. sedih, takut semua rasa ada masa tu. risikonya 50-50. masa sebelum operate tu, kami semua duduk sebelah bapak. bapak beria-ia mintak maaf dengan mak, dengan kami semua. bapak kata, kalau tak jumpa bapak dah lepas ni, maafkan semua salah bapak. bapak cium kami. bapak kata bapak tak sempat nak tengok cucu dia besar. masa tu air mata dah tak boleh tahan.


tapi kuasa Tuhan, alhamdulillah. bapak selamat. tapi ada komplikasi. bapak lumpuh belah kiri. dari tangan sampai kaki. berkat usaha, berkat doa, syukur sangat bapak makin pulih. sekarang, bapak dah boleh jalan sikit-sikit tanpa tongkat.

itu adalah kisah ayah saya. walaupun saya tak pernah cakap secara lisan, tapi ikhlas saya katakan, "saya sayang abah saya!"


syarat pertandingan saya kene tag 3 org. so saya tag:

annis
eyra
sue-ella

Sunday, January 23, 2011

of fynn jamal, MEFeK and friendship


bermula lah kisah MEFeK 2011.
.
.
.
sebelum tu, lupa nak bagitahu. Fynn Jamal turun MEFeK laaaaaaaaaaaaa. pheeewwwiiitt! selama ni tengok dekat youtube je. kali ni tengok live memang superb! kepada sesiapa yang tak kenal Fynn Jamal, cuba la tengok di youtube. beliau memang sempoi sangat, dah la nyanyi lagu spontan, buat lirik on the spot, but she really is a great woman. oh! and than to adlie sebab dia yang kenalkan Fynn ni kat saya :)


fynn masa persembahan di MEFeK 2011

maka, begitulah kisahnya. sibuk-sibuk dengan MEFeK '11 di hujung minggu. woh. ada cerita panas! nanti lah kita gosip dalam next post ya. hee.

ini masa gimmick perasmian. ahaha..farid, kami kenal anda ye walau anda pakai topeng.


one thing i love about MEFeK is, we still can feel the bonding, the love, and the friendship among us. doesn't matter u're from what residential college, what course, or what year. we just have fun there, eat and catch up what we missed since the last time we met.

so, here's to love and friendship. <3 div="div">


mantan JAKSA dan JAKSA baru


orang-orang kuat UKM..haha


ni semua budak-budak bermasalah Kajai.


harap-harap ikatan ni tak terputus di sini. amin~

Friday, January 21, 2011

congrats UKM! congrats Black+Mira!


kalau saya tak join Debat 1 Malaysia hari itu, mesti saya tak kenal mereka. kalau saya tak kenal mereka, mesti saya tak tahu kehebatan mereka. kalau saya tak tahu kehebatan mereka, mesti saya tak rasa apa-apa pun kalau UKM kalah pertandingan Debat Keamanan kali ini.

tapi saya join dan saya kenal mereka! dan ya, saya sangat bangga menjadi warga UKM! walaupun kejap sahaja kenal family UPU ni, but the bonding is still there, right? ;)

*curik dari utusan*


kepada abg Black (shafiq mahadi) dan mira (amira suriati), CONGRATS!! punyalah excited bila tahu berita ni masuk paper Utusan, terus nak buat entry khas untuk kamu-kamu kan? well, keep up the good work!

*kalau nak baca yang dalam paper tu, klik link tu ye.

Thursday, January 20, 2011

tak UKM lah kalau tak ke....


budak-budak ukm ni dah sangat sinonim dengan Broga Hill. tapi ada lagi satu yang sinonim dengan budak-budak ukm. iaitu Putrajaya dan Alamanda. haha..ni kira pepatah kedua la " tak ukm lah kalau tak penah pegi Putrajaya"

makanya, setelah Dato' Lina nak belanje kami makan-makan, dan memandangkan dah nak kene beredar dari ukm dah, aktiviti menjelajah Putrajaya untuk kali terakhir bersama kanak-kanak rebina dimulakan.

masing-masing muke excited nak makan!



oh. gambar ni tak boleh edit. kene kekalkan originality dia..haha...chocolate volcano kot nama dia..sedap woo~


konyang!


dah habis makan, kita jalan-jalan ye.


actually banyak tempat menarik di waktu malam dekat putrajaya ni. jadi, sape budak ukm yang tak pernah pergi lagi, cepat pergi! so long putrajaya. tata.


ps: lagi satu tempat yang 'tak UKMlah kalau tak....' ialah DANAU! hee..jom pegi swimming dekat danau! :)