Thursday, March 31, 2011

pantun si bedah

today is Thursday,
and it's a half dead day.
next is Friday,
let it be a better day.

sorrow,
i don't want to see you tomorrow,
let it be a rainbow,
outside my window.

thesis my dear thesis,
the memory i will miss,
can't wait to give you a goodbye kiss,
just want my life full with bliss.



sigh :(

Wednesday, March 23, 2011

result SPM kategori SBP 2010.

result SPM dah keluar. heh. jeles betul tengok budak-budak duk lompat-lompat masuk tv. yelahh. sapa suruh dulu tak belajar pandai-pandai. padan muka aku.

apepun, nak wish congrats dekat SASER sebab sekali lagi mengungguli carta top SBP di malaysia dengan GPK 0.8. memang tabik spring la. GILA PANDAI WEH! 2nd, SBPI Gombak. sekolah ni memang saya sendiri akui students diorang pun hebat-hebat. bayangkan ye,dalam satu pertandingan tu, diorg menang semua kategori, padahal diorg cuma form 1 dan kami form 3. tepuk la sikiiit. heh. 3rd, KISAS. tayah la cite la. KISAS dr dulu excellent kan?

oh. SAMURA? taun ni SAMURA berkabung sikit. after few years pegang tahta, tahun ni kene kick dr top 10. sob sob. tape la. bak kate Mr Rem, ni ujian Dia supaya tak rileks sangat. sebab apa jatuh? tak yah cite kot. tu macam cite dalam kelambu.

nampak tak?
gambar dicuri dr fesbuk mr rem

kalau nak tengok result dulu, boleh rujuk SINI ye. result dulu -dulu dulu lagi, rujuk SINI pula ye.



ps: dapat 10A spm pun, tapi kat U duk main je, tak guna jugak kan?

Tuesday, March 22, 2011

kronologi tayar bocor

pernah tak kalau ada sesuatu perkara buruk nak berlaku, anda rasa tak sedap hati je kan hari tu. kat ukm ni, dah few times dah jadi macam tu. bak kata Usop dalam kelas bio last year, 'INTUISI'.


tu lah yang jadi semalam. dari pagi duk pulun tesis. dengan keadaan tak sedap hati. mungkin sebab ada banyak masalah lain yang difikirkan. pedulikan ajelah. sambung tesis. pegi makan tengahari dengan fateen. dah habis makan, baru sedar tak kunci kereta. GILAAAAA? kalau orang curik macam mana?

balik bilik tengok-tengok aifat dah tade. pegi lab kot. sambung tesis. hari dah mendung pulak. cepat-cepat print jugak la bab 4 ni. printer buat hal. tanak print. dah print, orang cakap depan belakang. dia duk buat depan je. ada page yang hilang. adoi. dah jumpe SV, tengok minyak dah nak habes. nak isi minyak, tapi duit siyes tinggal rm 20 je. T_T. pegi Bank Islam cek duit. nak balik tu ada satu kete bawak dengan laju gila. sikiiiiiiiiiiiiiiit lagi nak rempuh side mirror. HOIIIIII! agak-agak ar der kalau nak laju pun. trus pegi Shell. dan kisah bermula...

haih. malas pulak nak taip. dipendekkan cerita, semua orang duk pandang-pandang. and kete memang seyes rasa lain macam. ingat Shell dah upgrade minyak dia. pastu trus pegi Petronas sebab nak pam tayar. Shell tadi pam dia rosak. keluar je kete, tengok tayar dah bocor. Allahuakbar. terduduk. amek fon, call rumah. tahan. tahan. tahan. tak tahan. hujan air mata macam hujan petang tu. T_______T

pancit sudaaa :(

gabungan men power! btw, kete ni saaangat lah ketat nak bukak. just imagine shaz+pidot+muaz+nazmi try henjut-henjut atas playar tu banyak kali baru boleh bukak.


well, nak ucap terima kasih yang tak terhingga dekat Muaz. jauh-jauh pun sanggup datang jugak. thanx Nazmi. hujan-hujan sanggup datang tengok. ROTU terhebat laa. cheewah. time ni la aku nak puji menggunung kan? tengkiw Shaz. tengah tido cika call mintak tolong datang. tq jugakkat pidot. tak pasal-pasal berhujan petang tu. sian korang tak dapat pegi pasar malam kan? dah la hujan. mesti korang pening kepala kan? huu. terharu sangat.

moga Allah memberikan ganjaran dekat korang ye. amin. thanx again!

Monday, March 21, 2011

skinnier each day :(

2 tahun lepas ENTRY ni dibuat, saya masih mengalami masalah yang sama. kurus. hish. anti betul dengan perkataan tu sekarang.


dan semalam dah masuk orang yang ke berapa tah cakap "cika, kau makin kurus". kalau dulu, mungkin sibuk jaksa. tapi sekarang? oh. mungkin sibuk tesis. heh. ade aje alasan kan?

kesian kan? saya baru tau kewujudan tempat ni. btw, tade la kurus sgt pun kan?






dan saya baru sedar, tesis saya kan menjadi sangat nipis. sebab kami adalah 1st batch yang tak buat extraction DNA. dan spesies saya sikit kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan saya. maka, bab 3 dah kurang few pages. bab 4 bertambah-tambah la kurang few pages. dan saya dah tak tau nak tambah apa lagi dah dalam tesis. T_T

saje je nak tunjuk band. dah banyak kali buat pun masih tak sharp. tatau la. pasrah je la.






plis, cepat la abes sem ni. tak larat dah :(

Friday, March 18, 2011

3rd Putrajaya Hot Air Balloon Fiesta 2011

pagi ni, terjaga sebab alarm, terus bangun, mandi. semangat. semangat. amek fateen kat kolej Amin, terus pecut ke Putrajaya. ngehngehngeh :D

sampai sana, tade la ramai yang amat sangat. biase je. dalam pukul 8 lebih tu belon Doraemon dengan Darth Vader duk lambai-lambai dah. lepas tu tengok kiri kanan penuh gerai. warna warni. dan amatlah ramai ye manusia memegang DSLR. huwaa. jeles :(

so, overall, memang best. belon udara banyak. kalau datang pukul 8 pun, tak ramai sangat orang beratur. ade Aerochute. ada wall climbing. ada yang macam Go-Cart tu. ade scooter kaki dua. ade beskal tayar sisi. ade paint ball. ada tolak-tolak kawan dalam bola. ada golek-golek dalam bola atas air. eh..banyak laaa. paling best ialah kat mana-mana sahaja ada crew air Mountain Dew. kasi free dengan chip Lays. pergh. bende free, memang la sedap! then, gerai makan pun banyak. jangan risau. kalau takut tangan kotor, jangan risau. banyak sangat sinki sebab Protex pun ada kat situ. dapat sabun free pulak tu. the rest, tengok gambar ajelah ye.


ni booth tulisan khat. cantiiiiiik sangat kan? Rm 2.00 je.

tora aman. hehe. corak belon tak cantik sangat. amek sikit je gambar.

ni kalau tak sempat naik, boleh la masuk sini, kunun-kunun naik. Rm 7.00 untuk sekeping gambar polariod. shake..shake it. shake it like a polaroid picture!

one love :) budak-budak kecik lukis. comey. comey.

ni namanya aerochute. memang rugi la kalau datang sini tak naik. tapi mahal :( tade duit. TAPI KANNNNN, dah balik Putrajaya baru saya tau pasal kupon ni. klik kat link ini untuk dapatkan 50% off untuk naik aerochute! cepat! 5 hari aje!

sebahagian games yang ada dekat sana. menarik!

suke scenery ni. macam best ada ramai budak-budak jual belon warna warni :)

last but not least, ini fateen bersama payung barunya.
peneman setia saya :)


ps: gambar-gambar cantik yang lain nanti ye.