Tuesday, April 26, 2011

sambung master ke tak?

after habis final sem, semua orang pun dah sibuk-sibuk tanye:

"eh, kau sambung master tak?"
"eh, kau sambung master kat U mana?"
"eh, kalau nak sambung master, coursework ke research lagi bagus ha?"
"eh, kau sambung master amek apa?

lepas tu kalau jawab " tak, aku tak sambung master", dengan serta merta muka si penanya akan berkerut, mata terbeliak macam aku kata " aku dah ade anak 2 ".

durhhhhhh. sukati la nak sambung ke tak. cepuk mau?



either way, dua-dua ada kelebihan masing-masing. kenapa saya cakap macam tu? sebabnya sekarang dalam fikiran saya hanya satu. 'Dunia dah akhir zaman'. maksudnya, kalau kita asik melagho je, asik leka je, bilanya kita nak tambah amalan sebagai bekal? *ni cakap untuk diri sendiri* setiap hari kita cakap "solatku, ibadahku, HIDUPKU dan MATIKU hanyalah untukMu". tapi gaya kita jalani hidup tak macam tu pun? semakin hari semakin dekat kita dengan kematian kita. tapi semakin hari makin bertambah pulak dosa. hurm. jom kita muhasabah sekejap.

sambung master basically means sambung pengajian. sambung tuntut ilmu. bukan ke tuntut ilmu tu ibadah? sehinggakan ada yang mengatakan jika kita meninggal semasa menuntut ilmu dikira mati syahid. *part ni tak sure, tp rasanya betul kot* kalau betul, betapa besarnya rahmat Allah beri kan? haaa. jadi, mari sambung master.

tapi, kenapa saya tanak sambung master? sebab saya nak belajar ilmu lain. ilmu yang tak perlu berguru secara formal. ilmu yang mana boleh dipelajari dari orang yang lebih berpengalaman dalam kehidupan yang pancaroba. ilmu memasak, ilmu cucuk tanam. ilmu hias rumah. jadi anak yang baik, jadi isteri yang solehah. mungkin ilmu ni tak memberi sijil dan pengiktirafan dalam hidup, tapi, kalau hidup macam ni boleh beri kebahagiaan, why not kan? tapi kalau ade rezeki, orang nak taja sambung master/PhD tu, amhamdulillah :)

menurut Hadis Riwayat Ahmad " apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang 5 waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya, serta mentaati suaminya, dia akan disuruh memasuki syurga mengikut mana-mana pintu yang dia sukai".

jadi, apa yang saya nak sampaikan di sini ialah, dua-dua jalan memberi kelebihan yang sama. in the end, your final destination tetap ingin masuk ke syurga. so, janganlah marah/ kutuk/ perli orang yang tak sambung master. janganlah kata orang tak sambung master ni kurang bijak, sebab tu tak mampu sambung. tak. mungkin dia memang berniat nak jadi isteri yang solehah, sapa tau?

maka dengan ini, jangan tanya saya lagi ye napa saya tanak sambung master LAGI buat masa sekarang.. jawapan dah ada kat sini :)

Saturday, April 23, 2011

dinner with lovely Geneticus

alhamdulillah. 21 April hari tu last paper. selepas menghadapi hari-hari yang mencabar dengan staf Pos Malaysia yang sangat mengecewakan, ditambah pula dengan exam paper yang sangat menguji kesabaran, malam tu adalah adalah malam pengubat segalanya. semua stress selama 3 tahun , segala jerit getir hilang. makan malam yang pertama yang sentiasa terpahat di hati.

kami telah memilih Bangi Golf Resort. tempat dia dekat-dekat dengan Hotel Equatorial Bangi. overall, puas hati la. tempat sangat cantik, kemudahan semua lengkap : ada surau, toilet yang bersih, bilik persalinan, bilik solek, bla..bla.. Bilik seminar pun lengkap dengan projektor, masakan pun not bad. harga? hmmm. maybe quite pricey, tp berbaloi- baloi~~. so, it is highly recommended la :)


*sila pasangkan lagu OST Sepi sebagai background*

fuhhhhhh. fuhhhhhhhhh. *tiup. tiup*

ha. gasak la korang. duk gaduh je.

love this pic! lepas makan, semua orang pun tido~~~~

congratulations Sim! study kat German elok-elok ye :)

with loviesssssssss

some gifts to all the Geneticus.



kepada semua rakan-rakan, mohon ampun dan maaf jika sepanjang perkenalan 3 tahun, ada terkasar bahasa, terguris hati, terjeling, terumpat, terkutuk, terpukul, tersepak, terketuk dan seangkatan dengannya. mintak halal makan minum ilmu semua ye :)

Tuesday, April 19, 2011

the reason why i love UKM so much


thanks UKM for the best present ever. i love u very much UKM (-_-)'


ps: mood dah lari balik kampung. camne nak jawab killer paper exam ari khamis ni?